Hokeh, kali ni aku nak reveal gambar hari kejadian. Setelah pot pet banyak pasal kejadian sebelum hari kejadian (berapa banyak punya perkataan hari kejadian daa..).
Memandangkan gambar terlalu banyak, jadi aku pecahkan ikut part la eh. Part 1 ni start dari mula kawan aku sampai sehingga last minute aku kena pegi untuk sarung cincin. Gambar sebelum tu tak ada sebab tak ada siapa nak amik gambar aku. Lagipun aku tak mandi lagi. Haha. Layannn...
Di hari kejadian tu diorang ni secara tak langsung jadi photographer-tak-rasmi utama aku. Gambar-gambar ni pun aku amik dari kamera diorang. Kredit untuk imin dan FCL!
Dan di bawah ni gambar-gambar diorang tengah melaram dengan hantaran dan katil aku while aku tengah terseksa di make-up oleh adik aku a.k.a make-up artist rasmi huhu..
FCL pun tak lepas peluang bergambar dengan hantaran + katil aku. Tapi masa dia pose ni dah banyak barang berlonggok atas katil tu. But gambar ni still terbaik dari ladang..Dari kiri atas: kek kuning (kehadiran kek tu mula-mula agak misteri; sebab mula-mula sampai tak siapa tahu siapa yang bagi kek tu. Sehingga lepas majlis baru tahu kawan mak aku yang kasik..), baju, wajik, biskut+bahulu, sireh junjung (nampak bahagian daun je).
Dari kiri bawah: tuala, dodol, buah-buahan and coklat.
Sedih btul sebab aku tak amik gambar hantaran satu-satu. Maklumlah memang sibuk+kalut giler masa tu. Tak mampu untuk berfikir.
Ni close-up gambar cupcake yang aku tempah kat sini. Sedap jugak cupcake yang kak Nani dari Tronoh ni buat. Cupcake dia bau wangi dan krim dia tak muak dan tak manis. Memang sedap makan. Tapi aku dapat set warna hijau dari DD. Aku tempah dua set yang sama tapi berlainan colour. Bawah ni gambar cupcake yang aku amik dari blog Kak Nani.
Pagi-pagi 26 Disember tu bahulu dan cupcake aku diserang semut sebab bekas dia jenis yang renggang skit. Pelik betul sebab bilik aku tak penah bersemut pun. Terpaksalah riben dibukak balik dan terpaksa jugaklah si imin dan FCL jadi agen pembasmi semut. TQ girls!Nampak tak bilik aku mula bersepah? Gara-gara last minute hantaran tu lah. huhu..
Ni shot fadel menggunakan kamera zamm (rujuk gambar di atas untuk melihat cara shot fadel). Berseni jugak fadel ni amik gambar. Aku pulak sempat tersenyum kambing lagi..
Aku tengah buat ape eh masa ni? Tak ingat la. Tapi adakah anda perasan selendang-jarangku yang senget itu? Aiseymen.. Masa pakai selendang ni dah sukat cam balance je (sukat masa duduk). Bila berdiri je tengok-tengok senget. Pin kerawang beso tu dah letak atas kepala dah. Malas dah nak bukak balik. Nak pakai pin kerawang tu pun terseksa jiwa jugak.
Masa ni pulak fedel sedang membuang lebihan benang di ujung baju dan selendang aku. Oh ya, buat pengetahuan semua. Selendang aku telah selamat dilobangkan oleh adek aku ketika iron selendang ni. Bijak kan, aku suruh aku iron selendang ni padahal selendang ni memang jarang nak mampus. Dah tentu la boleh berlobang! Jadi adek aku jahit sembat susup bahagian yang berlobang tu. Syukur memang tak nampak sangat. Tapi memang kena ganti selendang baru ar kat Kak Nana.Sadis. Selendang berlobang aku pakai. Selendang baru-tak-penah-pakai-lagi aku mentah-mentah bagi kat Kak Nana.
Yang ni pulak sesi bergedik-gediks dengan member USM. Hamboi, wani dan ajan (nampak mata je kat blakang tu) gelak sakan nampak. Waktu ni fadel tengah pass hand bouquet kat aku. Patutnya aku yang pass hand bouquet kat fadel. Kononnya simbolik yang fadel punya turn tunang lepas ni. Gambar dari zamm punya pandangan depan tak ada lagi (lihat aksi zamm sedang menangkap gambar di atas katil). Nantilah bila dah dapat aku upload kemudian.
Dan ini gambar terakhir sebelum aku bergegas pegi sarung cincin kat luar bilik. Sempat pose dengan adek aku merangkap make-up artist aku pada 26 Disember 2009 aritu. Thanks Namah..Hokeh. Tunggu kehadiran next post - The reveal session waktu rombongan DD sampai dan acara sarung cincin!
With Love,





0 comments:
Post a Comment