5 November 2010

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label OP. Show all posts
Showing posts with label OP. Show all posts

Tuesday, January 4, 2011

Selamat Tahun Baru semua.

Salam,

Wahh lama dah tak taip blog. Hasrat memang nak taip something tapi agak busy sebelum 2010 melabuhkan tirai. Sekarang ni job dah settle skit, cuma personal life saja yang tak settle down lagi. Masih terumbang ambing.

Maklumlah baru lepas kahwin, masih banyak yang perlu diuruskan.

Anyway, sebut tahun baru tak boleh nak elak mesti orang akan sebut azam. So apa pulak azam korang tahun ni?

Tahun ni, aku tak mahu tanam azam. Selalunya tak ikut. Azam jangka panjang mesti tak fulfill punya. Aku cuma buat azam jangka pendek je. ;)

Dan azam jangka pendek aku tu adalah untuk settlekan hutang2 entri wedding aku yang hampir nak jadi kulapuk hahaha...


Oh ya! Sedikit teaser untuk kamu semuaaa....






Adios.


With Love,

Monday, June 14, 2010

My first best friend wedding

Hari ini aku tak pegi kerja. Sangatlah penat kerna start Jumaat lepas aku ke Kelantan menghadiri wedding best friend dari USM; Zamzila namanya.

Aku ambil cuti hari Jumaat. Untuk pengetahuan, last week aku hanya bekerja dua hari saja ekekee. Isnin - kompeni cuti (dan tentulah last week aku jumpa DD huhu..) Selasa - buat2 MC, Rabu & Khamis - kerja, Jumaat - ambil cuti yeah!

Malam Khamis itu aku mengambil Elma dan Nor di Medan Gopeng. Dan tidur di rumah aku. Paginya itu Ajan dan Fadel mengambil kami di Jelapang. Maka car pool lah kami berlima. Setelah singgah sebentar di Sg Perak selama 2 jam, (hoho lama giler berhenti! sarapan yang sangat santai dan berat; bekalan untuk menenangkan perut untuk perjalanan yang panjang!) dan take a fresh breath kat Titiwangsa maka sampai jua kami pukul 11 camtu di Kg. Gunong.


Sampai2 je Zamm kata nak ke pekan Tanah Merah. Nak beli deco hantaran katanya. Kitorang ingat dekat je. Rupa2nya perjalanan lebih sejam. Hadoi! But it was fun though it's hot. Gila sunny. Badan berpeluh dengan maha hebat. Lebih2 lagi dalam pasar Tanah Merah sebab masa tu Fadel & Elma mencari tudung untuk baju bridesmaid diorang, aku & ajan pulak cari selipar untuk dilanyak. Serius, aku tak boleh pakai high heels dalam tempoh lebih dari 5 jam. Rasa macam nak patah kaki.

Malam tu pula kitorang tolong Zamm siapkan doorgift untuk VIP. Doorgift - small white mug from IKEA, diisi wajik di dalam. Dan kami tungkus lumus mengikat riben sebagai deco. Simple but nice! Sudahnya kami tidur pukul 1 lebih. Gila exhausted.


Hari Sabtu itu, ada 3 event berjalan simutaneously. Bermula khatam Al-Quran, nikah dan akhirnya sanding. Aku siap terus pakai baju bridesmaid awal2 pagi tu. Cantik giler warnanya bila dalam gambar. OP untuk wedding ni - Amrul Kareem. Macam berminat pulak untuk jadikan mamat ni sebagai OP untuk wedding nanti.




Hokeh. Nak sambung tido balik. Mari membetul-betulkan urat badan supaya boleh bekerja keras esok. Yeah!


P/S: Next entry: Update pasal wedding preparation.


With Love,