5 November 2010

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label engagement. Show all posts
Showing posts with label engagement. Show all posts

Friday, May 21, 2010

Antara janji-tinggal-janji, blog walking dan TRAGEDI.

Haih. Hari tu janji nak hapdet pasal baju bridesmaids and family, tapi agak sibuk sikitlah. Kena prepare samples untuk hantar ke customer. Sori.. Apapun aku akan hapdet korang esok. Insya Allah..! (dengan penuh berharap boleh keluar entri pasal ni esok *wink!*)

Haih lagi. Arini aku blog walking di rumah Mrs. Syidah. Memandangkan kadar kehapdetan beliau ditahap aktif, maka aku kenalah mengorek-ngorek entri-entri lama beliau. Dan aku tertarik dengan entri 'Butik Pengantin di Kota Bharu'. Wah, tak sangka pulak memang hot hot jugak pelamin made by bridal shop kt KB nih. Setandinglah dengan design bridal shop KL dan JB. Dah tu giat jugak hapdet blog. Kira baguslah kan, senang customer nak cari. (mungkin betullah ini antara sebab banyak wanita Kelantan jadi usahawan berjaya) Ipoh? Haiishh, susah betul nak cari website butik pengantin Ipoh. Memanglah ada, tapi tak banyak. Kalau ada pun tak rajin sangat hapdet. (Peringatan untuk bridal shop di Ipoh; sila create/hapdet website/blog anda!)

Okeh. Berbalik kepada cerita pokok. Dan aku pun langsung terus ke website bridal shop di KB itulah. Sedang aku scroll dengan happynya dalam satu fotopages ni; mybride - tiba2 aku terpegun dengan gambar baju pengantin dekat bawah ni.


Cantik memang da boom kan? Okeh. Cuba tengok gambar di bawah ni pula.


Memang sama kan? Lebih tepat lagi; KLON-lah!. Dan di mana saya mendapatkan gambar-tak-professional baju yang serupa ni? Kalau ada yang perasan, aku penah cerita pasal tragedi baju tunang tu di sini.

Haha. Lawak jugak ek. Teringat pulak masa aku kalut-kalut prepare untuk majlis bertunang aku tahun lepas. Haru biru betul. Dengan tragedi ini pulak lagi. But bila tengok lama2 gambar baju tunang ni, rasa terkilan pun ada jugak. Sebab tak dapat pakai masa majlis tu walaupun hati betul2 dah jatuh chenta. Walhal dah bayar deposit. Namun aku percaya semua tu ada hikmah. Aku selalu percaya kalau kita sabar, Tuhan pasti akan tolong kita, bukan?

Aku malas nak sumpah seranah lagi. Tapi mungkin tragedi aku ini boleh dijadikan sebagai mental note buat wahai taukeh-taukeh bridal shop di luar sana. Layanlah semua pelanggan anda seadilnya, tanpa mengira majlis kecil atau besar. Kerna kami berhak mendapat layanan sama rata.

Dan kepada B2B di luar sana juga. Jika kamu ternampak akan baju ini di kedai di Ipoh yang bakal kamu tempah, ketahuilah bahawa kebarangkalian untuk kamu mengulangi tragedi aku ini sangatlah tinggi! Haha..


With Love,

Friday, April 16, 2010

E-photobookku yang comelll..

Kelmarin aku balik lewat. Sebab temankan kawan aku yang nak balik skali. Bila aku dah kemas2, tengok2 member aku plak tengah tolong kwn sekerja kitorang yang tengah tungkus lumus nak siapkan complaint.

Takpelah. Aku tunggu la sambil tolong skit2. But that nite was worth la jugak, at least aku blajar sesuatu...

Balik rumah, tengok2 housemate aku takde. Frust aku, sebab hajat di hati nak snap jugak gambar photobook engagement aku yang comellll itu (huhu..perasan skit). Nampaknya kena tunggu esoklah.

Dan semalam aku berjaya mengambil gambar album pertunanganku a.k.a my E-photobook. Tadaaaa!! Cantik dak?

E-photobook ni aku beli kat Jusco aje. Rm39.90. Tapi cantik dan unik sebab kat depan boleh sisip gambar. Aku print gambar aku saiz passport untuk accommodate gambar aku kat depan tu. Gambar DD pulak aku print saiz biasa (4R) dan aku ambil muka dia je. Tapi gambar DD tu bukan gambar masa engagement aku. Sebab masa engagement aritu, DD tak banyak inter frame. Gambar2 yang ada muka DD pun tak brapa OK untuk jadi front cover. So aku hunt kat dalam folder dating dulu2. Now I realized yang DD tak banyak gambar sorang2. Kalau ada gambar yang elok pun mesti ada aku kat sebelah. Gambar yang jadi front cover ni pun ada aku kat sebelah sebenarnya (if korang perasan, aku ada post gambar ni kat entri dulu2).

Actually aku tak brapa puas hati dengan gambar DD ni jadi front cover. Sebab gambar DD ni tak masuk tema. Yelah, gambar aku tu memang sah2 gambar engagement, tapi tiba2 gambar DD kat air terjun Ulu Bendul plak.. Tak ke pelik tu? (Ke aku yang terlalu perfectionist sangat?)

Insya Allah, hujung bulan ni aku nak gi jumpa DD (yey, dating lagi!! :)) So aku nak capture gambar DD yang barulah..


Hasil kat dalam.. Aku rasa background hitam sangat menyerlahkan gambar2 aku yang banyak bermain dengan warna pink.


Gambar banyak. Terpaksa beli dua. Ok. Aku ada idea gila, tapi nak tanya pendapat korang; rasa elok tak kalo aku buat nombor kat tepi E-photobook aku ni? Alaa, macam ensiklopedia, ada no 1, 2 , 3 bla bla blaa tuu.. Ok ke eh?


With Love,

Wednesday, April 14, 2010

Kembali ke blogosfera

Alhamdulillah, aku sekarang sudah ada semangat untuk kembali aktif di blogosfera. Sekarang ni aku memang berkobar2 untuk upload gambar album engagement aku, tapi masalahnya gambar album langsung tak snap apepun. Dan aku kena pinjam kamera housemate sebab kamera aku dah rabun jauh.

So kena la bersabar skit. Harap2 aku still ada semangat berkobar2 sampai ke malam ni..



With Love,


Wednesday, February 3, 2010

Reveal Session of My Engagement Day! - Final

Wahh... Arini genap sebulan dan seminggu aku dan DD selamat bertunang. Alhamdulillah rasanya bila bertunang ni lebih baik dari masa couple je. Syukur.. Jadi, entri ni aku kira penamat kepada majlis gilang gemilang yang sudah sebulan lebih usianya dan juga entri permulaan bagi satu fasa perantaraan untuk majlis yang lebih besar (seperti refleksi kepada tanggungjawab yang harus aku pikul sesudah majlis besar itu nanti..).

Bergambar dengan adek DD (kiri) dan Kak Ami (kakak DD) beserta anak buah kesayangan, Pia.

Dengan sedara-mara DD yang datang..

Rasanya FCL yang ambil gambar ni. Manakala aku posing untuk kamera Imin.

Sebahagian hantaran aku dan DD.

Full view of my hantaran dan DD. Hantaran pink menjadi dominant. Huhu.


Dengan Wani, Ajan, Fadel and Zamm. Dari jauh mereka datang untuk majlis kecil ini. Tq girls.. (Kenapa aku duduk bongkok sangat neh?)

Dengan photographer2 terbaek. Tq FCL n Imin for the amazing pictures!

Dengan FCL. Banyak sungguh idea pose budak neh.

Of course dengan cik andam aku. Terbaek dari ladang keluarga Rahim. Haha.

Pose with Imin yang paaaaling aku suka. Great!

With fresh flowers yang dah layu kini.


No description available. Tak reti nak puji diri sendiri. Haha.

Dan lagi..

DD busuk. Awat buat muka camtu? Huhu.

Suka sangaaat gambar ni. Tak tau kenapa even tak nampak dengan jelas muka DD. Sangat suka.


Fuuuhh... Berjaya jugak aku post almost all gambar engagement dalam blog neh. Selepas struggling a lot dengan masa aku untuk siapkan report, pegi aerobic, memasak untuk bekalan tengahari, dan masa aku untuk memanjakan diri. Haha..



With Love,

Monday, January 25, 2010

Reveal Session of My Engagement Day! - Part 2

Hokeh. Kita continue apa yang terjadi lepas aku dok kalut dalam bilik bersama dengan geng aku..

Ketibaan rombongan dalam pukul 12 camtu. Sebenarnya family DD nak datang awal, tapi yong suruh aku bagitahu supaya datang lewat sikit sebab pagi tu ada tahlil. Takut tentative clash katanya. Jadi aku pun bagitahu kat DD suruh datang lewat skit. Tapi apak pulak bajek diorang datang awal. Haiyoo sedikit ada misunderstood disitu..

Adek DD (yang pakai baju hijau) dengan sedara-sedara DD..

Rombongan mula bergerak menuju ke rumah.. DD kata mula-mula nak parking dekat dengan rumah, tapi tengok dekat rumah tu ada kedai. Jadi kalau letak kereta 8 bijik sepanjang jalan, takut menyusahkan jiran pulak. Last-last family DD parking dekat masjid, yang sebaris dengan rumah aku. Kira oklah jugak sebab parking masjid tu luas. Lagipun jarak masjid dan rumah aku cuma sekangkang kera je.

Tapi kasihan pulak tengok diorang jalan tengah-tengah panas!

Mak DD (hujung kiri) dan sedara-sedara DD. Maintain cantek k mak? ;)

Yeah, dah sampai! Mek, mak kepada abang ipar aku pun ada (depan, pakai baju purple) dan dia tukang tolong sambut rombongan. Sekali tengok macam rombongan kawen daaa. Ramai giloss..

Mak dan sedara-sedara DD suma dah masuk umah..

Ni from other side of group perempuan. Kakak DD yang duduk kat depan pakai baju hijau. Mak, kakak dan adek DD suma pakai baju hijau. Ikut temalah katakan.

Ini from side lelaki pulak. Ayah DD (yang pakai ketayap, bercermin mata) pun ada dalam gambar ni. Apak (yang pakai songkok, baju Melayu warna biru) duduk tepi almari je.

Masa ni baru nak start mukadimah agaknya. Apak dan pakwe Rashid (baju batik depan apak) dah duduk tengah-tengah alam.

Bermulanya perbincangan..

Semakin serius...

Selingan. Inilah rupa pelamin last minute. Aku nak gelarkan pelamin ni 'Pelamin Chipsmore' sebab masa aku balik tup tup dah ada. Tak sempat nak tengok orang tu pasang camne. Dan masa diorang runtuhkan pelamin ni pun aku tak dapat tengok walaupun aku yang sambut budak-budak yang nak ambik balik pelamin ni. So, sekejap ada, sekejap takde!

Perbincangan diorang aku rasa tak sampai pun setengah jam. Cepat betul. Banyak yang sehati sejiwa agaknya. Huhu.. Ke aku yang rasa cepat? Hokeh, masa ni nak sarung cincin. Yang nampak bontot tu, adek aku Namah. Dia jadi pengapit. Masa tunang pun ada pengapit ke? Haha, tak kisahlah.

Kak Yah (yang pakai tudung labuh), sedara DD jadi perantara aritu. Masa ni nak start acara sarung cincin. Kak Yah cakap, "Jangan takut yer..". Bila Kak Yah cakap camtu, aku tiba-tiba jadi cuak pulak. Hadooii..

Mak sarungkan cincin di jari manis aku. Sebenarnya cincin ni aku tak pernah try pun. Mak DD yang nak belikan. Jadi aku bagi ukuran cincin je lah kat DD. Mula-mula aku ukur, dapat saiz 9. Second time ukur, saiz 8 pulak. Tapi aku suruh DD pilih cincin saiz 9. DD tanya jugak, muat ke saiz 9, sebab macam kecik sangat. Tapi aku dengan konpidennya cakap muat. Padahal dalam hati risau jugak tak muat masa sarung cincin. Mahu kena gelak satu kampung. Alhamdulillah, muat jugak!

From front view. Wah mak DD dah ready pandang kamera rupanya masa ni. Aku pulak dok tengok cincin ni nak konfemkan muat ke tak. Haha.

Wah, melancholic tul gambar ni.. (Eh betul ke aku guna word melancholic? Haha. Tak kesah lah!)

Apa lagi. Lepas sarung cincin kena la cium tangan mak mertua. Tapi aku lupa nak cium pipi mak DD. Al-maklumlah masa tu macam blur-blur skit. Tapi sebelum balik aku cium la pipi mak DD. sebab dah tak blur dah masa tu. Huhu..

Tengok adek aku dok perhati semacam je apa yang aku buat. Macam ketua protokol pulak.

Fuhh. Selesai acara terpenting!

Sesi tangkap gambar dengan mak mertua. Ada banyak je tapi aku upload satu je la. Korang buat apa tengok mak mertua aku ni lama-lama, nanti korang serbu rumah DD untuk jadi menantu pilihan pulak! Haha.

Kredit untuk FCL. Gambar dia tangkap neh. Cantek, cantek.

Berposing-posing solo..

Dan lagik..

Tengah merenung Ajan dan Fadel yang sibuk dok arrange hantaran aku yang bawak dari bilik ke ruang tamu. Thanks a lot! Ajan & fadel memang selayaknya jadi biro protokol hantaran sebab diorang yang tentukan mana hantaran yang sepatutnya letak depan, mana hantaran yang sepatutnya letak kat belakang.

Masa ni dah tak larat nak senyum+pegang bunga sorang-sorang. Ni pun dah rimas tak tau nak buat apa dah kat situ. Tapi tak best betul bila background pelamin tu sedikit terselak. Ni mesti masa aku kat dalam bilik tu budak-budak dok main kat sini. Haih. Dah cacat sikit pemandangan.

Berposing dengan background yang sedikit terselak. Haih haih.


Next entry: Berposing-posingan dengan teman dan sedara DD..


p/s: Kerja di opis menimbun-nimbun dengan sangat dashyat sekali. Tiap-tiap hari ada miting. Tiap-tiap hari balik lambat. Arini nak pegi aerobic pun tak dapat sebab kena buat report. Haiiiiiiihhhhhhhhh..!


With Love,