5 November 2010

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 21, 2010

Antara janji-tinggal-janji, blog walking dan TRAGEDI.

Haih. Hari tu janji nak hapdet pasal baju bridesmaids and family, tapi agak sibuk sikitlah. Kena prepare samples untuk hantar ke customer. Sori.. Apapun aku akan hapdet korang esok. Insya Allah..! (dengan penuh berharap boleh keluar entri pasal ni esok *wink!*)

Haih lagi. Arini aku blog walking di rumah Mrs. Syidah. Memandangkan kadar kehapdetan beliau ditahap aktif, maka aku kenalah mengorek-ngorek entri-entri lama beliau. Dan aku tertarik dengan entri 'Butik Pengantin di Kota Bharu'. Wah, tak sangka pulak memang hot hot jugak pelamin made by bridal shop kt KB nih. Setandinglah dengan design bridal shop KL dan JB. Dah tu giat jugak hapdet blog. Kira baguslah kan, senang customer nak cari. (mungkin betullah ini antara sebab banyak wanita Kelantan jadi usahawan berjaya) Ipoh? Haiishh, susah betul nak cari website butik pengantin Ipoh. Memanglah ada, tapi tak banyak. Kalau ada pun tak rajin sangat hapdet. (Peringatan untuk bridal shop di Ipoh; sila create/hapdet website/blog anda!)

Okeh. Berbalik kepada cerita pokok. Dan aku pun langsung terus ke website bridal shop di KB itulah. Sedang aku scroll dengan happynya dalam satu fotopages ni; mybride - tiba2 aku terpegun dengan gambar baju pengantin dekat bawah ni.


Cantik memang da boom kan? Okeh. Cuba tengok gambar di bawah ni pula.


Memang sama kan? Lebih tepat lagi; KLON-lah!. Dan di mana saya mendapatkan gambar-tak-professional baju yang serupa ni? Kalau ada yang perasan, aku penah cerita pasal tragedi baju tunang tu di sini.

Haha. Lawak jugak ek. Teringat pulak masa aku kalut-kalut prepare untuk majlis bertunang aku tahun lepas. Haru biru betul. Dengan tragedi ini pulak lagi. But bila tengok lama2 gambar baju tunang ni, rasa terkilan pun ada jugak. Sebab tak dapat pakai masa majlis tu walaupun hati betul2 dah jatuh chenta. Walhal dah bayar deposit. Namun aku percaya semua tu ada hikmah. Aku selalu percaya kalau kita sabar, Tuhan pasti akan tolong kita, bukan?

Aku malas nak sumpah seranah lagi. Tapi mungkin tragedi aku ini boleh dijadikan sebagai mental note buat wahai taukeh-taukeh bridal shop di luar sana. Layanlah semua pelanggan anda seadilnya, tanpa mengira majlis kecil atau besar. Kerna kami berhak mendapat layanan sama rata.

Dan kepada B2B di luar sana juga. Jika kamu ternampak akan baju ini di kedai di Ipoh yang bakal kamu tempah, ketahuilah bahawa kebarangkalian untuk kamu mengulangi tragedi aku ini sangatlah tinggi! Haha..


With Love,

4 comments:

Syidah said...

ahaks,,,tu la jadinya bila xde keje kat ofis...asyik hapdet blog je

Imma Yusri said...

haiiiihhh... aku pun nak haihhh lar... dah confirm kaler ker t.am??? bile mau meeting lg???

Athirah Rahim said...

Syidah: huhu.. tringin nak hapdet blog kt opis. tapi asyik sibuk je. haih

IMMA: dah kompem dah. wani ajak kuar ari minggu ni. jom2.sambil2 tu bleh meeting lg..

wani said...

fuh!
minta dijauhkan!
=]

Post a Comment