5 November 2010

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 9, 2010

Hokeh. Lari topik sikit.

Cerita di bawah ini adalah kejadian yang berlaku dua minggu yang lepas. Maaf, sibuk betul siang dan malam...Haihh!!

Maaf lagi. Aku tak dapat kotakan janji. Rumah aku kena masuk pencuri malam Jumaat lepas. Habis duit & rantai tangan mak, laptop, purse & handphone Namah, 2 jam tangan & handphone adik bongsu aku, Amirul kena kebas. Pencuri tu masuk bilik yang tak bertutup atau berkunci. Mujuuuurrrr sangat2 bilik aku berkunci dan bilik apak bertutup malam tu. Kalau tak, laptop kompeni tentu lesap jugak. Dahlah aku letak aje laptop kompeni tu atas lantai malam tu. Bilik apak pulak ada senapang. Huh. Boleh masuk penjara kalau hilang.

Actually dari petang Jumaat tu aku dah rasa tak sedap hati. Masa tu aku on the way dari opis terus nak balik Ipoh. Sepanjang drive tu jantung aku ni dok berdegup kencang je. Sampai aku kena tutup radio dan selawat untuk tenangkan hati+jantung nih. Sambil tu ada jugak dok fikir aku ni nak kena serangan jantung ke? walaupun blood pressure aku OK je - di check kira2 akhir tahun lepas.

Malam sebelum kejadian, aku memang tak rasa apa2. Seperti kebiasaan memang aku akan kunci pintu bilik dan pintu toilet. Toilet aku share dengan Namah.

Aku - tido awal jugak malam tu - lebih kurang pukul 12 malam.
Apak - macam biasa tido lagi awal dari aku. Pukul 11 lebih kot. Apak tido kat dalam bilik dia.
Amirul - Selalunya dialah yang tido paling lewat bila tiba hujung minggu. Wupps, kadang2 tak tido langsung. siangnya tu baru tido. Tapi malam tu dia tido pukul 11 malam.
Namah dan mak - Namah tido hampir dekat pukul 3 pagi. Tengok2 tv. Download lagu ke handphone. Mak pun sama, layan tv. Tapi mak tido lebih awal. Tido di bilik yong, tak tido di bilik sendiri. Namah pulak, sebelum ke katil, noticed yang langsir bilik mak sedikit terbuka, sehingga nampak bias cahaya lampu jalan. She wondered, but did not further check. Mungkin aura mengantuk terlalu kuat.

Pagi esoknya, aku dengar kat luar bilik Namah buat kecoh, tanya di mana handphone kesayangan. Apak mulalah bising, cakap mungkin letak merata2. But bila amirul pun bangun and asked the same question too, kami pun semua rasa semacam. Lantas terus check barang kot2 ada lagi yang hilang. Bila buat spot check kat bilik mak, tu diaaa.. Memang kena geledah teruk! Abis semua kad-kad bank, IC bertaburan atas lantai. Beg tangan yang mulanya mak sangkut, semuanya berada atas katil. Kena selongkar jugak. Ada satu tingkap bilik mak terbuka luas betul. Dan ada satu tiang grill tingkap yg bengkok. Sah, dah tentu pencuri tu skodeng bilik mak dan cuba grab apa yang terdekat melalui tingkap tu. Kami masa tu apa lagi, terus masuk bilik masing2, check apa barang yang hilang. Masa itulah kami sedar banyak jugak barang yang hilang.

JSJ (Jabatan Siasatan Jenayah) datang ambil gambar selang sejam selepas Apak pegi buat report. Ambil gambar sana sini. Tapi diorang kata maybe kena pecah rumah sebab pintu grill hanya dikunci pada tombolnya saja. Begitu juga sliding door. Tak ada kunci extra.

Aku dan family pulak rasa macam kena pukau. Yelah, kalau pencuri tu ada kunci sama sekalipun, takkan lepas curi diorang nak tutup pintu grill & sliding tu balik? Siap berkunci lagi. Dan paling aku hairan; adik aku yang tidur di ruang tamu tu takkan tak terdengarkan bunyi pintu grill yang kuat giler masa nak bukak/tutup? Dan selalunya apak memang akan boleh dengar bunyi pintu grill sebab apak jenis telinga kuali. Cukup sensitif dengan bunyi.

Haih. Tak tahu lah macam mana nak cerita lagi. Semuanya dah lepas. Apapun, berjaga2lah kamu sebelum kamu dijagakan oleh pencuri2 lahabau dengan kehilangan barang2 kamu...


With Love,

4 comments:

Syidah said...

sabar yea..
mujur xde apa2..
xpe barang hilang, jangan nyawa terkorban..

Athirah Rahim said...

itulah. syukur..

PUAN THALHA : said...

huhu, thirah. so sorry to hear that. apapun, syukur awak n ur family tak ada apa-apa. apapun, take care eh..

Athirah Rahim said...

haah. alhamdulillah.. that's the first thing yang saya ingat lepas kena pecah masuk haritu.

take care too.. happy preparing ya!

Post a Comment