5 November 2010

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label baju bertunang. Show all posts
Showing posts with label baju bertunang. Show all posts

Friday, May 21, 2010

Antara janji-tinggal-janji, blog walking dan TRAGEDI.

Haih. Hari tu janji nak hapdet pasal baju bridesmaids and family, tapi agak sibuk sikitlah. Kena prepare samples untuk hantar ke customer. Sori.. Apapun aku akan hapdet korang esok. Insya Allah..! (dengan penuh berharap boleh keluar entri pasal ni esok *wink!*)

Haih lagi. Arini aku blog walking di rumah Mrs. Syidah. Memandangkan kadar kehapdetan beliau ditahap aktif, maka aku kenalah mengorek-ngorek entri-entri lama beliau. Dan aku tertarik dengan entri 'Butik Pengantin di Kota Bharu'. Wah, tak sangka pulak memang hot hot jugak pelamin made by bridal shop kt KB nih. Setandinglah dengan design bridal shop KL dan JB. Dah tu giat jugak hapdet blog. Kira baguslah kan, senang customer nak cari. (mungkin betullah ini antara sebab banyak wanita Kelantan jadi usahawan berjaya) Ipoh? Haiishh, susah betul nak cari website butik pengantin Ipoh. Memanglah ada, tapi tak banyak. Kalau ada pun tak rajin sangat hapdet. (Peringatan untuk bridal shop di Ipoh; sila create/hapdet website/blog anda!)

Okeh. Berbalik kepada cerita pokok. Dan aku pun langsung terus ke website bridal shop di KB itulah. Sedang aku scroll dengan happynya dalam satu fotopages ni; mybride - tiba2 aku terpegun dengan gambar baju pengantin dekat bawah ni.


Cantik memang da boom kan? Okeh. Cuba tengok gambar di bawah ni pula.


Memang sama kan? Lebih tepat lagi; KLON-lah!. Dan di mana saya mendapatkan gambar-tak-professional baju yang serupa ni? Kalau ada yang perasan, aku penah cerita pasal tragedi baju tunang tu di sini.

Haha. Lawak jugak ek. Teringat pulak masa aku kalut-kalut prepare untuk majlis bertunang aku tahun lepas. Haru biru betul. Dengan tragedi ini pulak lagi. But bila tengok lama2 gambar baju tunang ni, rasa terkilan pun ada jugak. Sebab tak dapat pakai masa majlis tu walaupun hati betul2 dah jatuh chenta. Walhal dah bayar deposit. Namun aku percaya semua tu ada hikmah. Aku selalu percaya kalau kita sabar, Tuhan pasti akan tolong kita, bukan?

Aku malas nak sumpah seranah lagi. Tapi mungkin tragedi aku ini boleh dijadikan sebagai mental note buat wahai taukeh-taukeh bridal shop di luar sana. Layanlah semua pelanggan anda seadilnya, tanpa mengira majlis kecil atau besar. Kerna kami berhak mendapat layanan sama rata.

Dan kepada B2B di luar sana juga. Jika kamu ternampak akan baju ini di kedai di Ipoh yang bakal kamu tempah, ketahuilah bahawa kebarangkalian untuk kamu mengulangi tragedi aku ini sangatlah tinggi! Haha..


With Love,

Monday, January 4, 2010

Memoir II: My First Fancy Attire; Only For My Engagement!

Yoosshh!! Hari ni aku rajin skit jadi aku nak hapdet entri pasal engagement aku. Excited mungkin. Aku klasifikasikan sebagai sequel kedua hokeh.

Aku start bekerja keras untuk engagement aku ni masa hujung bulan 11 kot. Aku mulakan dengan sewa baju tunang. Aku tengok ada member2 aku yang beli kain lace dan pegi tempah baju tunang. Aku tak mampu dan aku rasa dengan sewa baju aku lebih berpuas hati dari segi corak, kualiti dan fitting pada harga yang sama. Bayangkan dengan harga sekurang-kurangnya RM250 engkau boleh dapat baju tunang siap jauh lebih cantik dengan kain yang engkau beli paling koman RM200. Itu belum upah jahit lagi. Mau kena up jadi RM300. Lagipun baju tunang gerenti aku takkan pakai dah lepas tu. Jadi buat apa aku bazir duit+masa untuk baju tunang? Oh ya, lagi satu. Belum tentu tukang jahit tu dapat bagi apa yang aku nak. Kalau dah sewa kan senang. Pilih saja mana yang berkenan. Apapun, tepuk dada tanya bajet. Haha.


Cantik dak baju kat atas ni? Baju ni merupakan baju yang sepatutnya aku pakai masa pertunangan aku. Malangnya bila aku nak amik 3 hari sebelum big day aku, akak tu cakap baju tu awal2 lagi dah ada orang book untuk kahwen. Aku rasa macam nak nangis je waktu tu. Sakit hati giler sebab aku dah book sebulan baju tu. Masa aku book tu pun aku dah tanya baju tu ada orang book ke tak, and akak sorang tu cakap takde. Siap tengok buku lagi nak confirmkan. Jadi aku rasa macam ada yang tak kena. Aku yakin akak tu tipu aku. Mungkin aku cuma bayar deposit RM50 je dan mungkin ada orang sanggup bayar full masa tu, mana akak tu tak terbeliak bijik mata (tapi masa aku tanya OK ke bayar RM50 aje? akak tu OK aje!!). Hai, macam mana la nak tolong peniaga Melayu, kalau sanggup tikam orang Melayu sendiri.

Jadi, ada disadvantage jugak kalau engkau pilih untuk sewa daripada buat baju sendiri. Jadi padan muka aku jugak.

Apa pun, aku dapat jugak duit deposit aku sambil mulut terkumat-kamit menyumpah seranah akak dan kedai-kedai dia skali. Tapi dalam hati still terkilan sangat tak dapat baju tu. Hati memang dah tertawan. Namah, adek aku sempat sedapkan hati aku; "Takpelah Kakti. Walaupun baju diorang cantik, hati owner tak cantik. Biar virus chicken pox ni melekat kat akak-akak tu suma!" (Kebetulan adek aku baru je baik dari chicken pox).

Maka hari tu jugak aku dan namah ambush the next butik. untuk cari baju warna pink atau putih. Tiba-tiba aku dapat idea nak pegi ke Butik Nasha. Sesat jugak la nak cari, sampai kitorang putus asa dan ambush ke kedai berhampiran. Tapi takde warna pink atau putih yang sesuai. Last-last bila aku pusing area tu, terjumpa satu butik ni. Memang berkenan ada satu baju warna soft pink ni (walaupun tak la secantik baju kat atas). Sembang punya sembang, loh yang aku pegi ni butik Nasha rupanya! Haha!

Owner butik ni kak Nana, tapi aku banyak deal dengan kak Nor, assistant dia sebab kak Nana tengah sibuk buat baju Serina Chef Wan. Kak Nor ni memang peramah giler, aku comfortable dengan dia. Deal dengan diorang pun senang, baju sewa pun murah kalau nak dibandingkan dengan baju-tak-jadi aku tu. Aku amik pakej yang skali dengan pelamin+make up. Tapi hati ni still cuak jugak masa tu. Takut terkena lagi skali. Kalau terkena lagi, alamat memang aku meraung masa big day aku tu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Dugaan no. 1, aku kira.

(Gambar baju tunang akan diupload kemudian)

With Love,