5 November 2010

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label dating. Show all posts
Showing posts with label dating. Show all posts

Thursday, October 14, 2010

Sepetang di ETS dan DIY Bantal Hantaran!

Last two week kami berdating lagi. Dan last berdating sebagai sepasang tunang, dan lepas ni kalau jumpa pun pastinya kami dah bergelar husband and wife. (Amiiinnn!!)

Dan kebiasaannya kalau aku naik bas ke Seremban, pastinya aku kena ambil half day sebab bas direct ke Seremban paling last pun pukul 2.30 petang pada hari Jumaat. Jadi untuk save annual leave, aku saja2 gataiii mahu naik ETS.

Tapi ETS direct ke Seremban pula pukul 2.00 petang. Jadi aku ambil ETS ke KL Sentral pukul 6.30 petang. So sempatlah aku sebab aku kerja di Taiping. Makanya aku perlu bergesa2 pulang ke Ipoh, ambil mak di rumah sebentar dan akhirnya terus ke stesen keretapi. Nasib baek rumah dekat saja dengan stesen.

Oh. Sebenarnya ini first time aku naik keretapi. Jangan disamakan keretapi dengan komuter ya. Sebab kalau komuter itu memang dah terlalu banyak aku naik.

Atas alasan itulah aku naik keretapi.


Comment? Best jugak! Sangat teruja sebab selalunya kalau naik bas aku cuma akan nampak bukit batu kapur, gua tempurung, bila nak sampai KL tu barulah nampak rumah2 moden. Sangat muak. Berbeza dengan train route, akan nampak sawah, kampung2.. dan train station yang sangat old skool! Dan tak terasa pun train tu berhenti. Mungkin sebab masih lagi brand new.

Apa-apa pun, pengalaman yang sangat berbeza, aku kira.

Hokeh. Cukup dengan pengalaman di ETS. Aku nak share pula macam mana nak DIY bantal hantaran since Cik Meeya pun dah tanya:
  1. Untuk memulakan kerja, korang dapatkan kain satin, benang, dan isian bantal (tak tahu apa namanya benda alah yang digunakan untuk filling tu tapi yang pastinya bukan kekabu, sebab mahal. Jadi pakai saja yang sintetik punya. Lebih murah dan bukannya korang nak pakai untuk duduk. Hantaran sahaja dibenarkan untuk duduk di atasnya haha..)
  2. Lepas tu korang jahit mesin sehingga bentuk segi empat (dalam keadaan kain terbalik hokeh). Jangan jahit pada satu sisi terakhir sebab dekat situlah korang akan gunakan untuk terbalikkan balik kain dan sumbatkan filling tu ke dalam bantal korang.
  3. Dah lepas filling tu korang jahit tangan sisi yang terakhir tu. Maka jadilah bantal seperti di bawah. Tadaa... (no 1).
  4. Lepas tu korang ambil renda langsir. Renda ni terpulanglah pada korang nak jenis macam mana. Jahitkan pada bantal tu. Jahitlah macam mana asalkan benang jahitan tu tak nampak dan yang pastinya renda tu melekat erat pada bantal. Tips masa menjahit: Jadikan border tepi bantal tu dan garisan benang renda sebagai guideline korang semasa menjahit renda tu. Ini untuk elakkan daripada renda tu taklah herot berot. Sentiasa in line je dari setiap sisi. Bawah ni contoh untuk bagi orang lebih paham (sebab aku tahu korang mesti tak paham punya apa yang aku cuba nak explain hahaha..)
  5. Lepas tu korang hantarlah sedikit kain kat kedai tailor dan suruh diorang buat butang kain. Dah siap, korang jahitkan pada tengah2 bantal tu. Pastikan korang ukur dulu pada bantal supaya position butang tu adalah center. Bawah ni gambar untuk rujukan korang.. Tadaaa... (no 2).
  6. Dan akhir sekali dapatkan manik2 acrylic untuk dijahit pada setiap bucu. Actually manik ni adalah hiasan yang aku selalu tengok orang gantung2 kat pelamin, bilik langsir dan mana- mana saja yang boleh digantung. Aku dapatkan manik ni dari Nilai. Di Ipoh pun ada jual jugak, cuma agak mahal skit. tapi aku potong talinya untuk dapatkan manik ni. Huhuu... Maka tengoklah hasilnya macam kat bawah ni. Tadaaa... (no 3)
  7. Makanya inilah hasilnya.. dapatlah korang manik2 eksklusif kini tergantung berpusing2 pada bantal korang huhu... The final tadaaaa.. TADAAAAAA!!
Sekian sahaja untuk tutorial DIY pada hari ini. Haha..


With Love,

Tuesday, April 13, 2010

Bestnya, nak BBQ lagi...

Lammmmmaaaaaaaaa gileeeeeerrrrr tak hapdet blog ni. Dah naek bersawang. Ni suma gara-gara audit la bulan 3 aritu. Almost tiap2 hari aku balik lepas kul 7. Masuk keja macam operator dah. Masuk kul 8, balik pun kul 8 jugak. Last minute masa nak dekat audit aritu balik umah pukul 12. Gila. Naseb baik la dapat claim allowance huhu...

Lepas tu sibuk uruskan projek-projek yang sekian lama dianak-tirikan gara-gara audit. Hadoii. Pening, pening.

Apapun alhamdulillah, bonus pun dah dapat. Tapi rasa macam tak cukup je.. (Haiyaa, banyak songeh plak minah ni..haha)

Cuti raya cina dah pun berlalu. Walaupun dah lewat untuk nak aku ceritakan, tapi aku nak cerita jugak. Tak kira! Huhu... Kilang aku cuma cuti dua hari je. Naseb baik CNY ni jatuh hari ahad dan isnin. Maka dapat aku cuti 4 hari, jika campur dengan hari sabtu dan ahad.

Dan sudah semestinya aku manfaatkan cuti 4 hari tersebut dengan berjumpa DD. Sudah semestinya hokeh. Huhu..

Aku bertolak ke KL tengahari hari Sabtu, 13 Februari lepas (sebab tiket direct ke Seremban dah sold out). Mula-mula nak bertolak awal tapi disebabkan mata ni macam melekat je pagi tu, makanya waktu bertolak dragged sampai ke tengahari. Naseb baik tak beli tiket lagi huhu.. Dan naseb baik jugak jalan tak jam sebab semua orang pakat keluar dari KL. Hati sudah berbunga-bunga..

Naseb tak baik bermula bila jalan start jam untuk laluan bas masuk ke Pudu. Memang sesak giler. Dok tunggu sampai setengah jam, bas cuma bergerak dalam 50 meter je. Last2 aku turun dari bas bila aku tengok semakin ramai orang dari bas belakang yang jalan kaki, dan jalan kaki nampaknya lebih laju dari tunggu dalam bas.

Sampai pudu aku terus ke toilet sebab panas giler petang tu. Basuh muka. Pakai foundation dan bedak muka balik. Dan aku terus ke LRT plaza rakyat. Mulanya aku nak pakai Touch n Go je memandangkan baki kad banyak lagi dan aku tengok panjang pulak queue masa tu. Tapi bila scan tiba-tiba kad tak sah. Hai, terpaksa la aku beratur jugak..

Hai, naseb tak baik lagi..

Naik LRT, turun di Tasek Selatan. Dan transit KTM di sana. Turun tangga untuk ke ruang menunggu di KTM, kelihatan ramai betul orang yang menunggu. Aku pun bergerak untuk tunggu paling ujung skali, dekat dgn kepala ketapi.

Selang dalam setengah jam, keretapi pun sampai.. Mak aii, tengok orang dalam keretapi kalah ikan dalam tin. Mula serba salah jugak nak masuk, tapi memandangkan tak larat nak tunggu ketapi lagi, aku terus je naik.

Hadooii, rasa macam nak pitam je bila berhimpit2 dengan macam2 jenis dan saiz orang. Itu belum campur dengan bermacam2 jenis perfume semulajadi. Lagi2 mat rock indon. Aduhai, lenguh kaki nak berdiri, lenguh hidung nak sedut bau2 yang tersangatlah tak bestnya..

Lebih kurang dekat sejam jugak la aku berdiri sebelum dapat duduk. Alhamdulillah, lepas dua jam setengah baru sampai Seremban. Baru dapat tengok muka DD. Hilang segala lenguh ni. :))

Sepanjang 4 hari aku di Bahau, aku sempat pegi wedding skulmate aku di Serting dengan DD dan dua orang opismate dia, Sikin & Nasir. Hajat nak jumpa ex-classmate masa MRSM dulu. Tapi ada sorang member tu dah balik. Kitorang tunggu jugak kot2 ada ex-classmate yang nak datang, tapi dekat 2.30 petang kitorang terus angkat kaki sebab tunggu lama sangat. DD pun dah tak tahan panas. Kesian, berpeluh-peluh DD.. Tapi I suka sebab DD pakai baju yang diberi masa bertunang aritu.. I likeeee..!!

Gambar ni betul-betul buat aku nampak kurus. Perhatian, NAMPAK kurus yer. Sesungguhnya kamera henpon Sikin ni memang pandai buat hati aku berbunga-bunga. Haha..


Lepas kenduri kahwen tu kitorang pegi ke Air Terjun Ulu Bendul. Dengan baju2 kebaya aku turun main air. Sikin yang berbaju kurung pun turun jugak. Orang kat situ pun pandang pelik je. Tapi aku tak heran. Bukannya aku naked pun.

DD rajin betul ambil gambar masa kitorang dalam kereta. Mula2 Nasir (kiri) pandang kamera. Kitorang suma seriau nanti kereta masuk longkang tepi jalan. Lepas kena tegur dengan kitorang, Nasir terus tak pandang kamera dah. Haha. Nasir yang pemalu!

Hehe.. Comel dak kami? :))


Dan yang paling best, kitorang sempat berBBQ kat rumah DD! Best giler..

Aku dan Zie, opismate DD jugak tengah mengatur ayam-ayam untuk berbaring rapat-rapat dalam tempat pemanggang. Sebelum nak panggang ayam ni, DD keluarkan otak-otak segera yang dibeli kat Econsave. Memandangkan otak-otak ni cepat masak, kitorang bakar benda ni dulu. Lagipun masing-masing perut dah berkeroncong hebat.


Ni rupa otak-otak dan ayam yang tengah dibakar. Ada sosej jugak, tapi dah abis kena telan kot masa ni.. Hadooii, terliur plak aku..


Amboi, sakan nampak Sikin dan Nasir bergurau. Ada ape-ape ke? Huhu!


Masing-masing terduduk kekenyangan selepas melantak ayam panggang, sosej dan otak-otak..

Best giler.. Nak BBQ lagi........


P/S: Aku sedang dalam progress menyusun gambar2 masa bertunang dulu. Insya Allah will share with you all hasilnya dalam masa terdekat.. ;)


With Love,