5 November 2010

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 14, 2010

Sepetang di ETS dan DIY Bantal Hantaran!

Last two week kami berdating lagi. Dan last berdating sebagai sepasang tunang, dan lepas ni kalau jumpa pun pastinya kami dah bergelar husband and wife. (Amiiinnn!!)

Dan kebiasaannya kalau aku naik bas ke Seremban, pastinya aku kena ambil half day sebab bas direct ke Seremban paling last pun pukul 2.30 petang pada hari Jumaat. Jadi untuk save annual leave, aku saja2 gataiii mahu naik ETS.

Tapi ETS direct ke Seremban pula pukul 2.00 petang. Jadi aku ambil ETS ke KL Sentral pukul 6.30 petang. So sempatlah aku sebab aku kerja di Taiping. Makanya aku perlu bergesa2 pulang ke Ipoh, ambil mak di rumah sebentar dan akhirnya terus ke stesen keretapi. Nasib baek rumah dekat saja dengan stesen.

Oh. Sebenarnya ini first time aku naik keretapi. Jangan disamakan keretapi dengan komuter ya. Sebab kalau komuter itu memang dah terlalu banyak aku naik.

Atas alasan itulah aku naik keretapi.


Comment? Best jugak! Sangat teruja sebab selalunya kalau naik bas aku cuma akan nampak bukit batu kapur, gua tempurung, bila nak sampai KL tu barulah nampak rumah2 moden. Sangat muak. Berbeza dengan train route, akan nampak sawah, kampung2.. dan train station yang sangat old skool! Dan tak terasa pun train tu berhenti. Mungkin sebab masih lagi brand new.

Apa-apa pun, pengalaman yang sangat berbeza, aku kira.

Hokeh. Cukup dengan pengalaman di ETS. Aku nak share pula macam mana nak DIY bantal hantaran since Cik Meeya pun dah tanya:
  1. Untuk memulakan kerja, korang dapatkan kain satin, benang, dan isian bantal (tak tahu apa namanya benda alah yang digunakan untuk filling tu tapi yang pastinya bukan kekabu, sebab mahal. Jadi pakai saja yang sintetik punya. Lebih murah dan bukannya korang nak pakai untuk duduk. Hantaran sahaja dibenarkan untuk duduk di atasnya haha..)
  2. Lepas tu korang jahit mesin sehingga bentuk segi empat (dalam keadaan kain terbalik hokeh). Jangan jahit pada satu sisi terakhir sebab dekat situlah korang akan gunakan untuk terbalikkan balik kain dan sumbatkan filling tu ke dalam bantal korang.
  3. Dah lepas filling tu korang jahit tangan sisi yang terakhir tu. Maka jadilah bantal seperti di bawah. Tadaa... (no 1).
  4. Lepas tu korang ambil renda langsir. Renda ni terpulanglah pada korang nak jenis macam mana. Jahitkan pada bantal tu. Jahitlah macam mana asalkan benang jahitan tu tak nampak dan yang pastinya renda tu melekat erat pada bantal. Tips masa menjahit: Jadikan border tepi bantal tu dan garisan benang renda sebagai guideline korang semasa menjahit renda tu. Ini untuk elakkan daripada renda tu taklah herot berot. Sentiasa in line je dari setiap sisi. Bawah ni contoh untuk bagi orang lebih paham (sebab aku tahu korang mesti tak paham punya apa yang aku cuba nak explain hahaha..)
  5. Lepas tu korang hantarlah sedikit kain kat kedai tailor dan suruh diorang buat butang kain. Dah siap, korang jahitkan pada tengah2 bantal tu. Pastikan korang ukur dulu pada bantal supaya position butang tu adalah center. Bawah ni gambar untuk rujukan korang.. Tadaaa... (no 2).
  6. Dan akhir sekali dapatkan manik2 acrylic untuk dijahit pada setiap bucu. Actually manik ni adalah hiasan yang aku selalu tengok orang gantung2 kat pelamin, bilik langsir dan mana- mana saja yang boleh digantung. Aku dapatkan manik ni dari Nilai. Di Ipoh pun ada jual jugak, cuma agak mahal skit. tapi aku potong talinya untuk dapatkan manik ni. Huhuu... Maka tengoklah hasilnya macam kat bawah ni. Tadaaa... (no 3)
  7. Makanya inilah hasilnya.. dapatlah korang manik2 eksklusif kini tergantung berpusing2 pada bantal korang huhu... The final tadaaaa.. TADAAAAAA!!
Sekian sahaja untuk tutorial DIY pada hari ini. Haha..


With Love,

6 comments:

Inimeeya said...

OMG!!!tirah!macehh buat entry ni!
sgt besh mek..tapi tak tau la aku boleh buat ke x.
haha.ye ye o jek aku ni.hihi.
sewa ko punye boleh?heeeeeee=)

Athirah Rahim said...

sama2.. ;)

boleh, tapi aku ada 11 bantal je. hajat nak buat 12 bijik tapi tak cukup renda huhu..

Unknown said...

kat mana nak cari fiber tu?

Athirah Rahim said...

sori sal lambt reply. fiber tu boleh je cari kat kedai benang. kalau kt ipoh, cari kt pekan lama, mmg banyak dijual. :)

rose said...

kamu hebat!hahaha..cantik..tetibe nak buat jugak.. =P

Unknown said...

salam, nk tny manik acrylic yg letak kt bucu bantal tu bli kt kedai mane eh?susah betul nk carik huhu

Post a Comment