5 November 2010

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 7, 2010

Memoir V: 3, 2, dan Sehari Sebelum Engagement Day

Ini list-to-do yang aku dah listkan selepas cuti panjang aku telah diapprove oleh Mr. Boss:

Hari Tiga.
  1. Tukar goodie bag - Aku dah siap beli dua minggu sebelum aku cuti panjang. Baru perasan bag tu kecik. Tak muat untuk isi mini cake dan handkerchief. Naseb baik boleh tukar. Tapi hampeh bila aku pegi kedai apek tu dah turunkan harga goodie bag aku. Siap latest goodie bag lagi murah dari bag yang aku beli aritu. Ape lagi, aku amik la yang palinggg latessssttt design. Tapi harga still sama dengan goodie bag aku hari tu. Haha. (Pengajaran: Adakah aku patut membeli goodie bag di saat-saat akhir?Hurrmm..)
  2. Beli mangkuk wajik/dodol - Makwe dan mak nyah (mak-mak sedara aku) dengan rela hatinya nak buatkan wajik dan dodol sebagai hantaran. Ingat nak bubuh dalam mangkuk english roses (bajet nak beli kat KK Home Deco jugak) tapi makwe and mak nyah kata tak payah. Diorang dah siap bubuh dalam bekas dadih. Kreatif. Thumbs up! (Jimat belanja. Huhu)
  3. Selebihnya aku prepare documents/gambar untuk interview aku di UTP keesokkan harinya. Sedikit sebanyak mengganggu jugak proses preparation untuk engagement aku nanti tapi nak buat macam mana. Rezeki dah datang.

Hari Dua.
  1. Interview (Pagi) - Aku keluar seawal 7.20 pagi untuk sampai pukul 8 pagi di UTP. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
  2. Baiki handle kereta - Lepas interview aku terus ke workshop selepas kena bebel dengan apak malam sebelum tu. Handle kereta apak dekat sebelah driver patah. Aku terbuat patah sikit je. Namah yang buat patah terus. Dekat seminggu jugak bukak pintu driver melalui pintu belakang. Mahu tak mengamuk orang tua tu. Bukak kereta dah tak macam orang.
  3. Beli biskut, bahulu dan kain organza - Aku beli semuanya di Green town Mall. Biskut aku sangat puas hati sebab deco cantek. Kain organza aku beli untuk mencukupkan kain organza yang aku beli dulu.
  4. Beli buah dan tempah fresh flowers - Kedai buah dan kedai bunga dok sebelah menyebelah. Tak payah pening-pening kepala nak pegi cari.
  5. Beli bunga lagi di KK Home Deco - Bunga deco tak cukup. Aku pegi lagi KK Home Deco beli bunga lagi 10 jambak. Bayar dengan harga 5 jambak saja.
  6. Beli tiket untuk date hehe.
  7. Cancel make-up, remind untuk set-up pelamin - 26 haribulan tu Kak Nana ada 7 majlis termasuk aku. Jadi dia suruh datang kedai untuk make-up. Tapi aku risau akan jadi kalut giler pagi tu. Ye la, kena datang kedai dia dalam pukul 7.30 pagi (kalau nak kena make-up awal la). Nak make-up mahu makan sejam dua. Jadi aku nekad suruh adek aku saja yang make-up. Dia pun hokeh jugak bab grooming ni.
  8. Confirm homestay untuk family dd - Aku book dua homestay memandangkan ada 8 bijik kereta yang nak bertandang (dah macam majlis kahwen pulak.huhu).

Hari Satu.
  1. Ambil kek mini - Aku tempah kek mini pada seorang staff kilang aku di Taiping. Memang sedap. Sangat murah. Even aku pegi balik Taiping sekalipun masih lagi murah. Jadi aku pegi Taiping pagi-pagi lagi dengan adek dan kawan dia. Tiba-tiba highway pulak jam sangat teruk di tengah-tengahari. Lebur sejam lebih trap dalam traffic jam. Kaki hampir cramp sebab bawak kereta manual. Hampeh!
  2. Beli bakul - Sempat singgah di Taiping beli bakul kat kedai regular aku. Buat lapik dodol dan wajik nanti.
  3. Ambil baju tunang - Lepas balik dari Taiping yang memenatkan, aku singgah rumah dulu letak mini cake. Then terus pegi ambil baju. Masa ni dd dah calling calling suruh fetch diorang. Aisshh. Pening pening..
  4. Jemput dd - Huh, kelam kabut betul masa ni. Lepas try baju tunang, terus direct ambil dd untuk lead diorang ke homestay. Kasihan diorang drive jauh dari Kemaman hari tu. Pastu kena tunggu aku pulak tu sebab aku datang lambat.
  5. Ambil fresh flowers - Aku dengan mak dan mak-mak sedara dd pegi beli fresh flowers (kebetulan diorang pun nak beli fresh flowers untuk sireh junjung). Aku cuma nak ambik fresh flowers yang aku tempah semalam. Lepas tu pegi beli buah dekat sebelah kedai tu dan seterusnya ke Tesco beli coklat.
  6. Ambil cupcake - Last destination aku untuk hari tu. Penat gilleerrr beb. Lepas ambik cupcake, aku pulu siapkan hantaran pulak. Masa tu pun dah pukul 11.
  7. Siapkan hantaran - Pada pukul 11 malam tu, tak ada satupun hantaran aku yang 100% complete. Ada 5 yang 80% dan selebihnya 0%. Aku tidur pukul 4 dalam keadaan 6 hantaran saja yang complete dan bangun pukul 6 (cuak hokeh sebab banyak tak siap lagi) untuk siapkan yang selebihnya. Pukul 9.30 pagi baru hantaran aku 100% complete. Syukur..

Dan semua list-to-do aku + hantaran aku muatkan dalam buku kecik ni. Aku panggil dia guide book. Sebab semua benda yang aku kena buat + aku terpikir nak kena buat aku tulis dalam ni dan aku rujuk balik (memandangkan aku sering sangat pelupa sejak akhir-akhir ni) Comel tak? Haha. Actually aku dah beli lama dah, cuma tak tahu nak pakai untuk apa (Sah. Aku fanatic benda-benda comel.) And at last, buku ni ada banyak kegunaan jugak. Banyak page dan column. Contoh; kalau nak rujuk barang hantaran, dengan mudah aku boleh bukak column hantaran dengan cepat (ini sangat sesuai untuk situasi kalut, selalunya kalau nak cari benda dalam keadaan gelabah memang susah nak jumpa.). Yang penting, hard cover. Tahan lasak untuk diperonyok dalam handbag.


Lepas ni aku nak hunting notebook untuk wedding pulak. Any idea, perhaps?

With Love,

5 comments:

Sharinginfoz said...

so macam mana ngan engagement?? harap2 semuanya berjalan lancar....

Pi Clinics Charge RM1 aja?

Berbaloi ke Astro???

Athirah Rahim said...

Everything's fine. Alhamdulillah.. :)

|| NaFiRaa || said...

salam kunjungan balas.. nice 2 meet u..:)

Imma Yusri said...

Mak aiii t.am, gempak tol ko punyer preparation... aku bace pun dah rase penat... huhuhu...

ganasnyer ko... sampai patah handle kereta... hehehe...

walaupun ko bz giler sehari sebelum tunang, tp wajah ko tetap berseri... chaiyokkkk t.am... mak andam adik ko eh???

Athirah Rahim said...

NaFiRaa: salam.. thanks for the visit.. :)

imMa: gempak ke? hehe..

handle tu dah reput kot. sebab masa nak patah tu aku bukak perlahan je. xde la kasar sgt. adik aku bukak keta sampai patah..

aku tido dua jam je. tak sangka aku boleh tido kul 4 dan bangun kul 6 dengan sendirinya. haha.. tapi mungkin sebab cuak kot. apapun alhamdulillah..

haah, adik aku yang make-up. last minute punya decision sebenarnya. pasni boleh la book adik aku. haha.. mata aku tak nampak sembab ek?

Post a Comment