Sebenarnya aku tak ada pengalaman langsung dalam bab deco mendeco hantaran. Seingat aku paling last aku terlibat secara langsung ialah pada wedding abang wan. Itupun kena paksa dengan yong buat sebab tak ada orang nak buatkan hantaran yang cuma tinggal satu tak siap lagi and aku cuma tolong sekelumit saja. Gam sana, gam sini, tempek sana, tempek sini. Dah. End up dengan yang lain semua cantik (sebab dibuat oleh yong), tapi ada satu yang macam cacat (aku la yang buat tu. haha.)
Jadi sekarang ni aku agak sedikit menyesal sebab tak involved betul-betul dalam wedding abang wan dulu. Patutnya sekarang aku dah tau apa basic untuk deco hantaran ni. Sekarang ni baru terkial-kial nak google pasal hantaran.
Aku sebenarnya suka konsep yang simple, tapi still sedap mata memandang dan ada style and class tersendiri. Dan yang penting, aku sendiri yang buat. Aku rasa sangat puas jika dapat buat sendiri untuk orang yang aku sayang.
Aku decide untuk pilih warna pink sebagai warna tema atas beberapa sebab:
- Lapik dulang aku accidentally warna pink. Jadi kalau nak amik warna selain warna neutral atau warna tone, jadi macam tak huru-hara pulak. Contoh warna pink digabungkan dengan warna kuning. Unik cuma agak pelik sikit.
- Warna pink paling senang skali nak cari tona warna yang serupa. Perkara ni aku belajar masa kat Nilai dulu. Kalau pilih warna ungu, engkau akan jumpa warna dull purple, pinkish purple, light purple dan bermacam-macam lagi tona warna ungu yang engkau boleh jumpa. Aku suka keseragaman (tapi bukan untuk semua perkara). Jadi warna pink boleh memenuhi kehendak aku.
- Warna pink dan perempuan sangat serasi. Jadi kalau nak nampak ayu, warna pink boleh aku katakan sebagai warna selamat. Sekalipun muka engkau garang macam harimau, tapi bila pakai warna pink, dapat turn down kegarangan muka tu.
- Bilik aku di Taiping juga berwarna pink (sedikit lari dari topik haha). Sedikit sebanyak jatuh cinta juga pada kelembutan warna pink.
Aku pernah terbaca di Blog Impian; gabungan 2 atau 3 warna lagi nampak menarik untuk sebuah majlis pertunangan/perkahwenan. Tak berapa berseri sesebuah majlis andai bermain dengan satu warna saja. Contoh warna biru. From head to toe, from horizontal to vertical semuanya biru saja. Sampai mata engkau pun naik biru.
Jadi aku decide untuk bermain dengan 2 warna neutral yang lain iaitu warna putih dan hijau. Warna putih dan hijau senang untuk aku jumpa dan selitkan sebagai penyeri untuk hiasan; untuk deco umpamanya. Boleh selitkan daun hijau untuk penaik seri. Warna putih untuk background pelamin. Oh ya, pelamin berwarna putih adalah warna selamat untuk semua jenis baju yang engkau bakal pakai.
Aku google atas nama hantaran dan aku jumpa banyak design yang macam-macam. Ada yang tradisional, moden, fancy, simple dan macam-macam lagi yang aku tak reti nak describe. Tapi yang menariknya aku google dan jumpa ini.
Kerja kak wani tersangatlah cantiknya dan dia banyak guna English style which aku suka sangat tapi masalahnya dia pakai fresh flowers. Aku tak mampu. Tapi aku mampu berazam untuk gunakan konsep English design dalam majlis kecik aku.
Nak cari barang English design senang je, walaupun mula-mula payah jugak nak cari. Mula-mula aku pegi Jalan Kuala Kangsar. Kalau di Ipoh ni, Jalan Kuala adalah syurga untuk bakal pengantin dan juga mak pengantin, aku kira. Banyak choice; engkau nak yang ada class, duit kena sedia lebih. Aku suka pegi kedai dekat dengan Gunung Lang tu. Sebab kat situ barang dia jual dengan harga borong. Tapi kena tawar untuk dapat harga yang boleh buat engkau tersenyum sorang-sorang. Huhu.
Tapi kedai tu tak offer bunga rose yang aku suka. Jadi aku ronda satu Ipoh sehingga aku pegi ke KK Home Deco. Series kedai ni tersangat men-tarek hati dan jiwa aku sampai aku rasa macam nak borong satu kedai. Huh, sabar.
Aku terjumpa ini.
Yeah!! Hati sudah terpaut sama ini bunga hokeh. Harga sejambak RM6.90, tapi kalau jadi member dapat buy one free one. Untuk jadi member kena buat belian RM300 ke atas (gila, aku tak mampu) ATAU beli rumah wood Santa Claus (harga RM35 paling murah) dan dapat jadi member. Aku pilih option yang kedua. Sebab aku nak beli bunga tu 30 jambak. Dan aku beli comforter English design warna putih pada RM169 harga member (biasa RM259).
Hokeh. Barang utama aku dah dapat. So memandangkan aku dah tak ada masa, aku angkut semua dulang tembaga and perak kesayangan mak aku ke Taiping.
Siang kerja, malam godek-godek buat hantaran. Dan ini hasil kerja 5 malam aku.
Ni baru 70% siap. Lapik dulang tu belum diiron, tuala tu belum ikat lagi, baju pun belum letak properly (nanti letak kertas keras dlm baju supaya ia stand). Dan ada skit-skit deco blum siap. Malas nak siapkan sebab takut tunggang langgang letak dalam bonet kereta; penat je nanti deco cantek-cantek (memang betul pun tunggang-langgang! habis berterabur dalam bonet keta. Nasib baik bunga-bungaku hokeh). Deco selebihnya aku sambung kat rumah, start Rabu (23 Disember 2009) sehingga pagi 26 Disember tu.
Tapi, in order untuk buat 4 hantaran ni, bilik aku dah jadi macam tongkang pecah.
With Love,

Sangat suka bila orang tangan tak berbedung macam aku ni berjaya buat hantaran sendiri. Huhu.. (Jom muntah beramai-ramai. Haha.)
Ni baru 70% siap. Lapik dulang tu belum diiron, tuala tu belum ikat lagi, baju pun belum letak properly (nanti letak kertas keras dlm baju supaya ia stand). Dan ada skit-skit deco blum siap. Malas nak siapkan sebab takut tunggang langgang letak dalam bonet kereta; penat je nanti deco cantek-cantek (memang betul pun tunggang-langgang! habis berterabur dalam bonet keta. Nasib baik bunga-bungaku hokeh). Deco selebihnya aku sambung kat rumah, start Rabu (23 Disember 2009) sehingga pagi 26 Disember tu.
Tapi, in order untuk buat 4 hantaran ni, bilik aku dah jadi macam tongkang pecah.
Kesian Sin Chan tersepit kat dinding. Aku clearkan tengah-tengah bilik untuk workspace dan situ jugak tempat solat.
Oh ya. Aku ada surprise untuk special friends aku. Aku buatkan kad pertunangan 50% hand-made hokeh. Huhu.. Nantilah aku share. Ni pun tak larat nak upload gambar satu persatu sebab tenet lembab macam siput.With Love,
11 comments:
hi thirah!you have very nice hantaran...gud job!
Hi Amy! Thanks! Ni tak-siap-punya hantaran. Will upload the complete hantaran soon..
Cantik la tu..apapun hati akan rasa puas bila dapat buat sendiri kan.masa akak tunang dan kawin memang orang la tolong buatkan.maklum la takde jiwa nak deco mendeco ni hehehe
Tu la kak Jieda. memang rasa puas hati bila buat sendri. Will do the same for my wedding soon ;)
Bila thirah akan melangsungkan perkahwinan?hehehe...ayat skema lak
Haha. Insya Allah kalau murah rezeki dalam bulan 10 ni. Tapi ikat setahun.
Tengah mencari buku wedding planner dan sibuk menyelongkar blog orang untuk list-to-do wedding. haha..
wallawei,,,santek la,,berbakat dan ekonomi,,takder la berabis duit upah org wat hantaran,,,tahniah,,,suka tgk bbunga2 tuh,,simple tapi mmg naik la serinya,,,heheheh
Tq bieha.. memang berbaloi-baloi bila buat sendiri. actually warna bunga yang menaikkan seri. huhu..
T.am gile... cantek siut ko wat... design ala-ala kat blog impian tuh.... aku ingat ko tempah... kena blaja ng ko nih.... serius cun...
mekasih2.. aku amik ilham dari kerja kahwin. senang je. cucuk2 je. tak perlukan kreativiti sgt.huhu
cantiknyeee...saye pun plan nak DIY jek hantaran nanti =)
Post a Comment