5 November 2010

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 7, 2010

Memoir IV: Kad Pertunangan

Sebenarnya aku tak bercadang nak buat kad untuk engagement memandangkan majlis ni kecil-kecilan saja. Jemput rakan-rakan, sedara mara dan jiran terdekat. Tak ada pun VVIP yang dijemput (tapi semua yang dijemput tetap VVIP di hati aku). Idea ni datang masa aku ke kedai souvenir untuk membeli gift untuk customer blogshop aku.

Aku terjumpa kad comel dalam kedai tu (aku sebenarnya addicted jugak tengok kad-kad yang comel). Mula-mula jumpa kad invitation untuk naik buai baby (kata orang Melayu). Tapi last aku terjumpa kad warna baby blue yang tulis 'Invitation' saja.

Idea dah datang. Aku beli 3 pack. Bukan ramai pun nak jemput; semuanya untuk kawan-kawan aku saja. Satu pack ada 6 kad, harga cuma RM2.50 je beb! Yang aku perlukan sekarang cuma design kata-kata skit, print dan lekat. Kos ditanggung oleh kompeni aku. Haha.



Kos membuat kad: RM7.50 + laptop kompeni + sekelumit kreativiti = membuatkan aku tersenyum puas..

With Love,

2 comments:

imMa ~vOguE```~~~ said...

hahaha...pecah rasier ko t.am... aku gtau bos ko... ko gune printer opis... hehehe... aku sebenarnyer terkejut jgk, siap dpt kad jemputan lagi... terharu aku... huhuhu

Thirah B.D. said...

jangan, jangan.. aku pakai printer kaler yang sangat sophisticated siap guna paper tajaan opis yang aku paksa-rela.haha..

Post a Comment