Dari bermula aku bercuti 23 Disember 2009 semata-mata untuk buat preparation bertunang 26 Disember tu sampai sekarang macam-macam dugaan menimpa. Betul lah kata orang, bertunang ni memang banyak dugaan.
Meh aku citer satu per satu. Aku start melabur untuk engagement aku ni masa family aku ajak pegi Nilai. Awal bulan 11 kalau tak silap. Actually mak aku yang berkobar2 sebenarnya nak pi Nilai ni. Nak beli kain langsir baru, katanya. Lalu mak ajak pegi sana dengan balik hari. Adeh, aku tak brapa setuju sangat sebab nanti aku jugak yang jadi driver. Lalu aku jugak yang letih.
Dengan menggunakan kepakaran teknik berfikir, aku ajak yong and abang wan pegi jugak. Jadi aku tak payah la jadi driver. lagipun best apa kalau dapat pegi jalan ramai-ramai. Mak aku yang paling best, sebab dia takde alasan kenapa tak boleh borong satu Nilai. Keta abg and yong kan sedia berkhidmat. Haha.
Sepanjang pegi Nilai tu, mak aku borong abis tikar rotan yang femes orang sekarang pakai tu. Yang paling besar, sekeping baru Rm30. Jadi aku tak salahkan mak kalau dia memang rambang mata. dan aku jugak tak salahkan mak kalau dia beli sampai 10 keping ang besar + 3 keping yang kecik. Untung abang wan ada. Boleh jadi financial supporter mak. Haha. Sapa suruh bergaji besar. Selamat jugak aku. Haha..
Aku cuma beli lapik dulang (dulang tembaga lebih dikenali sebagai par di kalangan keluarga aku dan mungkin di pantai timur agaknya) beserta dengan kain satin skali. Jumlah RM 90 untuk 10 set. Aku rasa harganya lebih kurang kalau di mana-mana sekalipun. cuma tambah seringgit dua kalau di tempat aku. Pendek kata harga di Nilai+ kos travel > mahal dari korang laburkan seringgit dua untuk barang yang korang inginkan di tempat korang. Pikir-pikirkan lah..
Hokeh hokeh. Berbalik pada ceritera asal. Masa aku ke Nilai, aku memang tak terpikir pun apa warna tema engagement aku. Jadi aku ke Nilai ibarat main redah je lah. Tengok mana yang berkenan, aku terus amik jadi warna tema. Masuk kedai pertama, aku dah pikir aku nak amik warna putih sebab mana-mana blog/buku aku baca, katakan warna putih adalah penyelamat keadaan. Putih senang masuk dengan mana-mana colour. Andai kata kalau engkau nak pilih putih from head to toe, from horizontal to vertical sekalipun tak ada masalah. Cuma kurang skit la keserian tu. Seelok-eloknya pilih gabungan 2 atau 3 warna baru nampak berseri majlis.
Dalam pilih-pilih tu aku berkenan warna putih dan light pink. Tapi corak lapik dulang yang aku suka tu plak takde. Aku pilih yang lain jugak takde. So last-last aku blah dari kedai tu dan aku masuk dari satu kedai ke satu kedai. Waktu ni kekebasan kaki aku memang tahap kritikal. Kalau tercabut kaki pun mungkin tak perasan agaknya. Last-last aku pegi balik kedai first dan beli corak warna putih + silver cuma kain satin yang kat bawah tu yang aku tukar warnanya. Warna pink. Akibat daripada pembelian aku kat kedai first ni lah menyebabkan dd and family aku pening kepala. Sabar je la dd, dah aku ni perempuan. Hehe.
Sebenarnya aku takde lah minat sangat warna pink ni. Aku ingat nak cari warna pink yang pastel skit tapi memandangkan bajet pun dah lari+ takde masa lah nak cari kain satin pastu kena jahit tepi pulak lagi. Haih, bertambah kerja. Jadi aku stick ajelah dengan lapik ni. But it end up perfectly bila deco kat atas tu lawa giler aku buat (korang sila muntah atas baju sendiri. Haha).
Nak tengok camne aku deco hantaran aku? Tunggulah bila aku rajin plak menaip lagi. Haha.
With Love,
2 comments:
Biarpun dah terlambat tapi tetap gak nak ucap Selamat Bertunang
Thanks Kak Jieda... =)
Post a Comment