5 November 2010

Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 14, 2010

My first best friend wedding

Hari ini aku tak pegi kerja. Sangatlah penat kerna start Jumaat lepas aku ke Kelantan menghadiri wedding best friend dari USM; Zamzila namanya.

Aku ambil cuti hari Jumaat. Untuk pengetahuan, last week aku hanya bekerja dua hari saja ekekee. Isnin - kompeni cuti (dan tentulah last week aku jumpa DD huhu..) Selasa - buat2 MC, Rabu & Khamis - kerja, Jumaat - ambil cuti yeah!

Malam Khamis itu aku mengambil Elma dan Nor di Medan Gopeng. Dan tidur di rumah aku. Paginya itu Ajan dan Fadel mengambil kami di Jelapang. Maka car pool lah kami berlima. Setelah singgah sebentar di Sg Perak selama 2 jam, (hoho lama giler berhenti! sarapan yang sangat santai dan berat; bekalan untuk menenangkan perut untuk perjalanan yang panjang!) dan take a fresh breath kat Titiwangsa maka sampai jua kami pukul 11 camtu di Kg. Gunong.


Sampai2 je Zamm kata nak ke pekan Tanah Merah. Nak beli deco hantaran katanya. Kitorang ingat dekat je. Rupa2nya perjalanan lebih sejam. Hadoi! But it was fun though it's hot. Gila sunny. Badan berpeluh dengan maha hebat. Lebih2 lagi dalam pasar Tanah Merah sebab masa tu Fadel & Elma mencari tudung untuk baju bridesmaid diorang, aku & ajan pulak cari selipar untuk dilanyak. Serius, aku tak boleh pakai high heels dalam tempoh lebih dari 5 jam. Rasa macam nak patah kaki.

Malam tu pula kitorang tolong Zamm siapkan doorgift untuk VIP. Doorgift - small white mug from IKEA, diisi wajik di dalam. Dan kami tungkus lumus mengikat riben sebagai deco. Simple but nice! Sudahnya kami tidur pukul 1 lebih. Gila exhausted.


Hari Sabtu itu, ada 3 event berjalan simutaneously. Bermula khatam Al-Quran, nikah dan akhirnya sanding. Aku siap terus pakai baju bridesmaid awal2 pagi tu. Cantik giler warnanya bila dalam gambar. OP untuk wedding ni - Amrul Kareem. Macam berminat pulak untuk jadikan mamat ni sebagai OP untuk wedding nanti.




Hokeh. Nak sambung tido balik. Mari membetul-betulkan urat badan supaya boleh bekerja keras esok. Yeah!


P/S: Next entry: Update pasal wedding preparation.


With Love,

4 comments:

norhaizan said...

it was great having all together...rindu blk zaman usm dulu..nnti kita jumpa lagi masa hg kawen nnti...can't wait for it...

Amrul nyer gambar mmg cantik/menarek..

Athirah Rahim said...

absolutely nor. aku rindu kat zaman usm dulu. zaman berhimpit2 dalam kereta zamm masa nak pegi makan. masa nak pegi jalan2 di penang. aku rindu gila.

yup2, nampaknya kena merisik amrul untuk booking dia bulan 11 ni haha..

PUAN THALHA : said...

memang best bila kawan-kawan datang majlis kite kan. congrats to ur bestie :)

Athirah Rahim said...

huhu.. haah. seronok btul bila sesekali gather ramai2. rasa macam tak mau balik. tak mau keje dah.

but dalam hati neves jugak sebab tiba2 terasa masa macam berlalu cepat sangat. hadooii banyak tak buat lagi nih!huuu..

Post a Comment