5 November 2010

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 14, 2010

Pantang-larang orang dulu-dulu

Hari Sabtu yang membosankan. Dan aku kerja hari ini. Ye, bermula sabtu ni, setiap Sabtu aku kena kerja untuk replace siap2 cuti raya. Aku cadang nak cuti 2 minggu tanpa henti. Haha.

Sampai kat opis, bukan ngadap terus kerja. Tapi tengok blog dulu. Hadoii, lama betul aku tak blog-walking. Finally I found this in Farhanna's blog: -43 Pantang Larang Bakal Pengantin.

Aku dah baca, ada yang tak boleh pakai sebab aku rasa macam syirik skit, tapi ada yang boleh diguna-pakai jugak.. Apa2pun happy reading!

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang
larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti untuk
kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi
satu budaya dalam masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang
jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa
pantang larang yang difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

  1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
  2. Jangan tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.
  3. Jangan bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.
  4. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
  5. Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.
  6. Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
  7. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
  8. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
  9. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.
  10. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
  11. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat).
  12. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.
  13. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
  14. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
  15. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.
  16. Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia untuk membuang angin.
  17. Belajar ilmu rumahtangga daripada org yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
  18. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
  19. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
  20. Elakkan minum minuman keras dan merokok.
  21. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
  22. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.
  23. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
  24. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
  25. Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
  26. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
  27. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
  28. Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
  29. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
  30. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan.
  31. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati orang.
  32. Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.
  33. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
  34. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
  35. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
  36. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
  37. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
  38. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
  39. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
  40. Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
  41. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
  42. Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
  43. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

p/s: My tunang has accidentally left his camera last weekend. So bolehlah update gambar, yeahhh!



With Love,


Tuesday, August 10, 2010

Setelah lama tak hapdet..

Wawawaaa.. lama sudah tak hapdet, due to my life yang berubah menjadi active sejak seminggu dua ni gara-gara futsal competition yang dianjurkan oleh kilang. Almost everyday we practiced, getting to know the rules and finally, it ended last week. We did not managed to go to the quarter finals, due to the goals' difference as other 2 teams in my group were also have same point as ours. Yeah, we lost based on the goals scored. But we proud that we did not lost in any game we played!

Berbalik kepada misi 5 November. Hati berbunga2 bila DD ajak gi beli kain di Jakel empat minggu yang lepas. Hilang sudah keinginan untuk membeli kain pink seperti post sebelum ni, yang tak jadi beli akibat tak tahu berapa meter yang DD perlukan untuk buat baju Melayu, ditambah pula dengan keraguan tentang baju nanti yang nampak tak berapa harmoni dengan pelamin.

Fuuuhhh.. feel really relieved after finally jumpa juga my lovely fabric for my solemnization outfit.

Hajat nak sneak peek sedikit baju nikah, tapi kamera sedia ada buat hal. Lupa pulak nak cilok kamera Namah kat rumah Ipoh.

Okeh. Aku hapdet jugaklah beberapa benda yang sedang in progress tanpa gambar:

1. Deco Hantaran
Aku dah finalized nak buat deco hantaran ala2 Arabian sikit, memandangkan tema Arabian yang tiba2 saja menjadi main theme dalam wedding aku. Memandangkan aku punya outfit saja yang nampak Arabian, jadi aku cuba nak serapkan lebih banyak Arabian theme dalam hantaran nanti. Supaya Arabian tu tak adalah stand alone. Kalau tak, aku bimbang nampak pelik pulak. Aku gunakan element bantal, sebab kalau Arab ni kan suka bantal2 penuh atas lantai kan? Rasanya lah.

Aku dah beli kain untuk buat bantal tu bersama Cik Imma. Kalau tak silap, dalam 3 minggu lepas rasanya. Kain kaler cream-gold sebab aku tak mahu bermain banyak kaler untuk hantaran nanti. Lagipun memandangkan bunga nanti aku akan beli warna yang sedikit garang atau gelap. Maybe nak pakai bunga merah darah atau ungu gelap, jadi warna cream-gold macam warna selamat.

Tapi beberapa component macam bunga aku tak beli lagi. Bakul untuk isi hantaran telah aku borong last weekend (Ohh Mr. Boss telah meng-approved cutiku dengan rela hatinya last week! Aku sedang pegang form cuti dan tak semena2 Mr. Boss terus ambil form cutiku dan terus sign tanpa banyak soal. Wa sayang manyaklah sama lu Boss!!!!)

2. Doorgift for VVIP.
Oh ya, aku lupa nak hapdet pasal ni. Actually aku dah beli balang kaca yang ala-ala macam post aku sebelum ni. Aku survey2 dengan wedding assistant-aku-yang-setia, Cik Imma lah. Mula-mula kitorang jumpa balang kaca yang besarnya tak lebih dari cawan kopi. Tapi cantiklah. Nyaris-nyaris nak beli. Tapi Cik Imma suruh aku bersabar (ye, aku admit kadang-kadang bila banyak benda nak kena pikir, semua benda aku akan senang untuk ambil mudah. End up jadi malas nak berpikir dah.)

Jadi kami bergerak ke kedai Ole-ole. Kedai ni aku kira memang banyak cawangan. Di Ipoh saja ada 3 cawangan, yang aku tahulah. Satu di Silibin dan dua di Tasek. Dekat2 saja kedainya. Pelik jugak kenapa letak 2 kedai yang sama dalam satu tempat. Di daerah Ipoh yang lain, aku tak berapa pasti ada lagi cawangannya.

Berbalik pada cerita pokok, aku dah jumpa balang yang aku dok cari-cari (yeay!). Harganya 3 bijik RM10. Dan saiznya lebih kurang sebesar dua telapak tangan yang disatukan. Besar tak? Oleh sebab aku nak borong 50 bijik balang, terpaksa aku ke dua buah cawangan Ole-Ole ni, disebabkan cawangan kat Silibin ni ada 14 bijik je. Aku suh akak kedai tu order, tapi dia kata dah tak order dah. Sebab tu dia buat sale 3 bijik RM10. Dan diorang ni pulak tak ada komunikasi yang baik antara cawangan2. Maka terpaksalah aku bergerak dari satu cawangan ke cawangan yang lain untuk mencukupkan 50 bijik ni. Tapi aku beli lebih 4 bijik. Sahaja buat spare.

Dan aku dah start mendeco balang ni selepas aku beli bahan2 deconya. Semangat betul haha. Dan sekarang dah ada 9 balang di rumah Ipoh + 6 balang di rumah Taiping = 15 bijik ajeh yang baru siap... Wah another 39 bijik lagi to go? Haiihhh!!!

3. New revised wedding theme colour
Aku revised wedding theme colour? Oh no no... tapi ada sedikit perubahan. Ya, sedikkiiiiiiit saja. Agak sukar sebenarnya untuk dapatkan the exact turquoise yang aku nak. Still remember this post? Aku based pada post ni sajalah. Senang untuk aku refer kemudian nanti.

Nikah
Tema warna purple. Mungkin pinky purple. Feveret kaler aku tuh.. Ohoooo.. Ini memang bertukar terus. dari warna purple ke warna cream-gold. Sebabnya aku akan nikah di rumah sendiri. Jadi aku pakai jugak pelamin yang ala-ala off-white-cream- dan ada sikit2 warna light blue. Reason aku pakai pelamin masa nikah: rugi kalau pakai sekali saja untuk bersanding. Dahlah sewa mahal2. So kena fully utilized!

Wedding
  1. Pelamin – warna aqua dan putih. Ada skit2 bunga warna pastel yellow sebagai penyeri. Wohooppss.. Sedikit pertukaran. Pelamin warna off-white-cream- dan ada sikit2 warna light blue. Tapi kalau aku rajin, mungkin nak masukkan sedikit element warna turquoise pada kristal yang digantung2. Nampaknya kenalah hand-made yer kawan-kawan. Dan di mana aku boleh dapatkan acrylic beads yang besar2? Aku dah survey tapi tak jumpa. Semua kecik2, halus2 saja.
  2. Wedding dress – warna light silver atau off white. But aku lebih berkenan warna silver agar aku dan DD tak nampak senada dengan pelamin. Seperti post aku sebelum ni, aku dah pilih baju kaler turquoise. Arabian dress. Lari giler dari plan asal. Redha ajelah, whether it will end up macam yang aku bayangkan atau tidak.
  3. Baju bridesmaids – warna aqua tapi tone gelap skit. Alahaii! baju bridesmaids tak tahu ada ke tak. Takut lari bajet. Apa2pun kena postpone dulu item nih.
  4. Baju family – warna pastel yellow. Pun tone gelap skit. Ini pun tak beli lagi. Aku cadang nak bawak Yong sebab dia paling terer bab kain dan kaler matching2 nih..
  5. Baju family DD - warna soft pink. Harap2 masuklah dengan biru aqua tuh. Ini pun tak beli lagi. Ini pun kena bawak yong untuk pilih...

P/S: Terrriiinginnnya nak hapdet gambar. Tapi tarak ada kamera. Haiiiihhhhh!


With Love,