5 November 2010

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 19, 2009

Cuak?? Haiishh..

Aku pun heran nape aku rasa cuak sangat sejak kebelakangan ni.. sejak aku rasakan semakin hari semakin dengan tarikh 26 DISEMBER 2009. Dok kat opis, bila tringat tarikh ni, mesti perkara dok melayang2.. pastu kejap2 tulis benda apa yang tak beli lagi dalam buku, dengan harapan akan belilah.. tapi resam aku ni bila rancang nak beli itu ini, mesti tak jadi. Dan selalunya last minute tu yang jadi.

Kamu mesti tak paham apa yang aku cuba nak sampaikan. Mungkin ada yang bleh teka2. Ok2, aku nak tunang 26 DISEMBER ni.. Haih, sangat cuak. Sabo je la. Tapi yang aneh, selalunya aku akan rasa cuak masa nak exam keesokkannya atau masa tengah present depan lecturer bengis tapi tak brapa prepare sangat. Tapi feeling yang aku rasa sekarang ni macam lain skit. Slalu aku susah nak rasa cuak 2 minggu sebelum hari kejadian, tapi entahlah. macam pelik skit feel ni.

Apepun, aku kena pikirkan tentang baju, hantaran, hiasan bilik, tempat sarung cincin dan goodie bag. Haiishh, banyak tak siap lagi. sangat risoooooo...

Dan duit pun keluar macam air pili bomba bocor. Sangat laju..


With Love,