5 November 2010

Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 25, 2010

Reveal Session of My Engagement Day! - Part 2

Hokeh. Kita continue apa yang terjadi lepas aku dok kalut dalam bilik bersama dengan geng aku..

Ketibaan rombongan dalam pukul 12 camtu. Sebenarnya family DD nak datang awal, tapi yong suruh aku bagitahu supaya datang lewat sikit sebab pagi tu ada tahlil. Takut tentative clash katanya. Jadi aku pun bagitahu kat DD suruh datang lewat skit. Tapi apak pulak bajek diorang datang awal. Haiyoo sedikit ada misunderstood disitu..

Adek DD (yang pakai baju hijau) dengan sedara-sedara DD..

Rombongan mula bergerak menuju ke rumah.. DD kata mula-mula nak parking dekat dengan rumah, tapi tengok dekat rumah tu ada kedai. Jadi kalau letak kereta 8 bijik sepanjang jalan, takut menyusahkan jiran pulak. Last-last family DD parking dekat masjid, yang sebaris dengan rumah aku. Kira oklah jugak sebab parking masjid tu luas. Lagipun jarak masjid dan rumah aku cuma sekangkang kera je.

Tapi kasihan pulak tengok diorang jalan tengah-tengah panas!

Mak DD (hujung kiri) dan sedara-sedara DD. Maintain cantek k mak? ;)

Yeah, dah sampai! Mek, mak kepada abang ipar aku pun ada (depan, pakai baju purple) dan dia tukang tolong sambut rombongan. Sekali tengok macam rombongan kawen daaa. Ramai giloss..

Mak dan sedara-sedara DD suma dah masuk umah..

Ni from other side of group perempuan. Kakak DD yang duduk kat depan pakai baju hijau. Mak, kakak dan adek DD suma pakai baju hijau. Ikut temalah katakan.

Ini from side lelaki pulak. Ayah DD (yang pakai ketayap, bercermin mata) pun ada dalam gambar ni. Apak (yang pakai songkok, baju Melayu warna biru) duduk tepi almari je.

Masa ni baru nak start mukadimah agaknya. Apak dan pakwe Rashid (baju batik depan apak) dah duduk tengah-tengah alam.

Bermulanya perbincangan..

Semakin serius...

Selingan. Inilah rupa pelamin last minute. Aku nak gelarkan pelamin ni 'Pelamin Chipsmore' sebab masa aku balik tup tup dah ada. Tak sempat nak tengok orang tu pasang camne. Dan masa diorang runtuhkan pelamin ni pun aku tak dapat tengok walaupun aku yang sambut budak-budak yang nak ambik balik pelamin ni. So, sekejap ada, sekejap takde!

Perbincangan diorang aku rasa tak sampai pun setengah jam. Cepat betul. Banyak yang sehati sejiwa agaknya. Huhu.. Ke aku yang rasa cepat? Hokeh, masa ni nak sarung cincin. Yang nampak bontot tu, adek aku Namah. Dia jadi pengapit. Masa tunang pun ada pengapit ke? Haha, tak kisahlah.

Kak Yah (yang pakai tudung labuh), sedara DD jadi perantara aritu. Masa ni nak start acara sarung cincin. Kak Yah cakap, "Jangan takut yer..". Bila Kak Yah cakap camtu, aku tiba-tiba jadi cuak pulak. Hadooii..

Mak sarungkan cincin di jari manis aku. Sebenarnya cincin ni aku tak pernah try pun. Mak DD yang nak belikan. Jadi aku bagi ukuran cincin je lah kat DD. Mula-mula aku ukur, dapat saiz 9. Second time ukur, saiz 8 pulak. Tapi aku suruh DD pilih cincin saiz 9. DD tanya jugak, muat ke saiz 9, sebab macam kecik sangat. Tapi aku dengan konpidennya cakap muat. Padahal dalam hati risau jugak tak muat masa sarung cincin. Mahu kena gelak satu kampung. Alhamdulillah, muat jugak!

From front view. Wah mak DD dah ready pandang kamera rupanya masa ni. Aku pulak dok tengok cincin ni nak konfemkan muat ke tak. Haha.

Wah, melancholic tul gambar ni.. (Eh betul ke aku guna word melancholic? Haha. Tak kesah lah!)

Apa lagi. Lepas sarung cincin kena la cium tangan mak mertua. Tapi aku lupa nak cium pipi mak DD. Al-maklumlah masa tu macam blur-blur skit. Tapi sebelum balik aku cium la pipi mak DD. sebab dah tak blur dah masa tu. Huhu..

Tengok adek aku dok perhati semacam je apa yang aku buat. Macam ketua protokol pulak.

Fuhh. Selesai acara terpenting!

Sesi tangkap gambar dengan mak mertua. Ada banyak je tapi aku upload satu je la. Korang buat apa tengok mak mertua aku ni lama-lama, nanti korang serbu rumah DD untuk jadi menantu pilihan pulak! Haha.

Kredit untuk FCL. Gambar dia tangkap neh. Cantek, cantek.

Berposing-posing solo..

Dan lagik..

Tengah merenung Ajan dan Fadel yang sibuk dok arrange hantaran aku yang bawak dari bilik ke ruang tamu. Thanks a lot! Ajan & fadel memang selayaknya jadi biro protokol hantaran sebab diorang yang tentukan mana hantaran yang sepatutnya letak depan, mana hantaran yang sepatutnya letak kat belakang.

Masa ni dah tak larat nak senyum+pegang bunga sorang-sorang. Ni pun dah rimas tak tau nak buat apa dah kat situ. Tapi tak best betul bila background pelamin tu sedikit terselak. Ni mesti masa aku kat dalam bilik tu budak-budak dok main kat sini. Haih. Dah cacat sikit pemandangan.

Berposing dengan background yang sedikit terselak. Haih haih.


Next entry: Berposing-posingan dengan teman dan sedara DD..


p/s: Kerja di opis menimbun-nimbun dengan sangat dashyat sekali. Tiap-tiap hari ada miting. Tiap-tiap hari balik lambat. Arini nak pegi aerobic pun tak dapat sebab kena buat report. Haiiiiiiihhhhhhhhh..!


With Love,


Monday, January 18, 2010

Reveal Session of My Engagement Day! - Part 1

Hokeh, kali ni aku nak reveal gambar hari kejadian. Setelah pot pet banyak pasal kejadian sebelum hari kejadian (berapa banyak punya perkataan hari kejadian daa..).

Memandangkan gambar terlalu banyak, jadi aku pecahkan ikut part la eh. Part 1 ni start dari mula kawan aku sampai sehingga last minute aku kena pegi untuk sarung cincin. Gambar sebelum tu tak ada sebab tak ada siapa nak amik gambar aku. Lagipun aku tak mandi lagi. Haha. Layannn...

Inilah rombongan kawan aku yang pertama skali datang. Farhana a.k.a FCL (kiri) and Yasmin. Diorang sampai dalam pukul 10 pagi camtu. Mereka ni kawan aku sejak Form 1 sehingga Form 3 di TCS (Form 1 sampai Form 3 satu kelas); masuk MRSM Jasin skali dengan aku, dan satu KMPP dengan aku jugak (tapi imin sekejap je kat KMPP sebab dpt offer gi New Zealand). Nasib baik U lain-lain. Tapi kira memang panjang jodoh betullah kitorang bertiga ni hehe..

Di hari kejadian tu diorang ni secara tak langsung jadi photographer-tak-rasmi utama aku. Gambar-gambar ni pun aku amik dari kamera diorang. Kredit untuk imin dan FCL!

Dan di bawah ni gambar-gambar diorang tengah melaram dengan hantaran dan katil aku while aku tengah terseksa di make-up oleh adik aku a.k.a make-up artist rasmi huhu..

Imin - amboi ayu betul dok seblah hantaran tu. Masa ni aku gi mana ek? Ohoo, aku tengah mandi kot. haha.

Cantik angle ni. Exclusive from FCL to Imin..

Imin sempat lagi bergambar atas katil yang beralaskan comforter kesayangan aku tu (import khas dari KK Home Deco, huhu) dan kek yang diberi oleh sepupu aku.

FCL pun tak lepas peluang jugak nak amik gambar dengan hantaran aku. Tapi ada slack skitlah sebab tershoot jugak baju aku yang landing baeekk punya kat atas katil tu and ada background tambahan badan anak sedara aku kat blakang.

FCL pun tak lepas peluang bergambar dengan hantaran + katil aku. Tapi masa dia pose ni dah banyak barang berlonggok atas katil tu. But gambar ni still terbaik dari ladang..

Hokeh. Aku dah siap make-up dah. Tinggal nak pakai tudung je lagi. Siap la korang, aku nak berposing habis-habisan! Haha.

Adek aku make-upkan aku dekat 2 jam. Hadehh. Mati la aku camni kalau kawen nanti tak tau la. Mau aku kena bersiap 6 jam sebelum majlis.

Ni gambar hantaran aku.
Dari kiri atas: kek kuning (kehadiran kek tu mula-mula agak misteri; sebab mula-mula sampai tak siapa tahu siapa yang bagi kek tu. Sehingga lepas majlis baru tahu kawan mak aku yang kasik..), baju, wajik, biskut+bahulu, sireh junjung (nampak bahagian daun je).
Dari kiri bawah: tuala, dodol, buah-buahan and coklat.

Sedih btul sebab aku tak amik gambar hantaran satu-satu. Maklumlah memang sibuk+kalut giler masa tu. Tak mampu untuk berfikir.

Ni agar-agar ikan. Part of the hantaran too. Mak Teh aku yang buat. Cantek! Aku tak penah lagi tengok agar-agar besar giler macam ni. Siap ada tone warna plak tu. Salah seekor ikan ni hampir nak putus ekornya. So kena hati-hati masa nak bungkus hantaran ni.

Ni close-up gambar cupcake yang aku tempah kat sini. Sedap jugak cupcake yang kak Nani dari Tronoh ni buat. Cupcake dia bau wangi dan krim dia tak muak dan tak manis. Memang sedap makan. Tapi aku dapat set warna hijau dari DD. Aku tempah dua set yang sama tapi berlainan colour. Bawah ni gambar cupcake yang aku amik dari blog Kak Nani.

Pagi-pagi 26 Disember tu bahulu dan cupcake aku diserang semut sebab bekas dia jenis yang renggang skit. Pelik betul sebab bilik aku tak penah bersemut pun. Terpaksalah riben dibukak balik dan terpaksa jugaklah si imin dan FCL jadi agen pembasmi semut. TQ girls!

Close-up view hantaran. Dari kiri nampak cupcakes dan di bawah tu ada kuih dan kek. Tangan aku pun enterprem jugak. Masa tu tengah sibuk deco last minute punya extra hantaran.

Aku yang tengah sibuk guna glue gun untuk deco hantaran.

Masa ni aku tengah di sibuk mendeco. Di bantu oleh Aziema dan Wan Kiut. Kedua-duanya member bujang satu kilang. Diorang ni rombongan ketiga kawan aku yang datang hari tu. Thanks a lot girls sebab tolong aku deco tatkala aku sibuk pakai tudung.

Sempat lagi menjeling ke arah kamera imin. Padahal masa tu tengah kalut. Rombongan pihak DD pun hampir nak sampai agaknya masa tu.

Ni from kamera FCL kot. Aku maseh lagi sibuk touch-up hantaran. Kelihatan fadel khusyuk amik shot yang cantik (rujuk gambar di bawah untuk melihat hasil shot fadel) untuk aku dan wani duduk ayu atas ujung katil (nampak badan dan tangan aje). Kedua-duanya datang dengan zamm dan ajan. Fadel, zamm dan ajan adalah coursemate merangkap geng klik aku masa USM dulu. Wani pulak adalah best friend aku masa KMPP dulu. Dan fadel n wani berkenalan di UPM sebab diorang buat master sama-sama. What a small world kan?

Nampak tak bilik aku mula bersepah? Gara-gara last minute hantaran tu lah. huhu..

Ni shot fadel menggunakan kamera zamm (rujuk gambar di atas untuk melihat cara shot fadel). Berseni jugak fadel ni amik gambar. Aku pulak sempat tersenyum kambing lagi..

Inilah wani (kiri) dan fadel. Sempat berposing dengan hand bouquetku.

Aku tengah buat ape eh masa ni? Tak ingat la. Tapi adakah anda perasan selendang-jarangku yang senget itu? Aiseymen.. Masa pakai selendang ni dah sukat cam balance je (sukat masa duduk). Bila berdiri je tengok-tengok senget. Pin kerawang beso tu dah letak atas kepala dah. Malas dah nak bukak balik. Nak pakai pin kerawang tu pun terseksa jiwa jugak.

Masa ni pulak fedel sedang membuang lebihan benang di ujung baju dan selendang aku. Oh ya, buat pengetahuan semua. Selendang aku telah selamat dilobangkan oleh adek aku ketika iron selendang ni. Bijak kan, aku suruh aku iron selendang ni padahal selendang ni memang jarang nak mampus. Dah tentu la boleh berlobang! Jadi adek aku jahit sembat susup bahagian yang berlobang tu. Syukur memang tak nampak sangat. Tapi memang kena ganti selendang baru ar kat Kak Nana.

Sadis. Selendang berlobang aku pakai. Selendang baru-tak-penah-pakai-lagi aku mentah-mentah bagi kat Kak Nana.

Yang ni pulak sesi bergedik-gediks dengan member USM. Hamboi, wani dan ajan (nampak mata je kat blakang tu) gelak sakan nampak. Waktu ni fadel tengah pass hand bouquet kat aku. Patutnya aku yang pass hand bouquet kat fadel. Kononnya simbolik yang fadel punya turn tunang lepas ni. Gambar dari zamm punya pandangan depan tak ada lagi (lihat aksi zamm sedang menangkap gambar di atas katil). Nantilah bila dah dapat aku upload kemudian.


Dan ini gambar terakhir sebelum aku bergegas pegi sarung cincin kat luar bilik. Sempat pose dengan adek aku merangkap make-up artist aku pada 26 Disember 2009 aritu. Thanks Namah..

Hokeh. Tunggu kehadiran next post - The reveal session waktu rombongan DD sampai dan acara sarung cincin!

With Love,