5 November 2010

Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 23, 2010

Mak aihh..

Adohaiii, cepat betul masa berlalu. Ni dah nak dekat ujung bulan dah. Tak lama lagi nak masuk bulan 5..

Aku dan DD dah set tarikh kahwen. Kami ambil tarikh 30 Oktober 2010. Kami pilih tarikh tu sebab masa tu insya Allah DD dah dapat bonus, jadi boleh diguna-pakai untuk majlis kahwen sebelah family DD. Untuk sebelah aku pulak, adik aku nak SPM tahun ni. Jadi sebolehnya tak mahu buat majlis bulan 11. Lagipun bulan 11 tu dah start cuti sekolah. Mesti banyak clash dengan majlis kahwen sanak saudara nanti, tak pun jiran2 sekampung. Dan kalau nak buat bulan 11, baju sanding dan bla bla bla mesti kena book awal2. Wahh, mesti kelam kabut dan haru biru. Tak mau, tak mau...

Hari ni dah 23 April 2010, birthday adek Namah. Happy Birthday ya..

Dan aku tak prepare satu habuk pun untuk wedding aku lagi. Hadoii, cuakkkk!!!


Serius, malam ni aku perlu serius memikirkan pasal wedding preparation.



With Love,

Tuesday, April 20, 2010

Otakku memang sangat gatal memikirkan aktiviti tambahan yang boleh menyemakkan jadual harian aku.


Cuti 3 hari lepas memang sangat heaven. Cuti sebab birthday Sultan Perak. That's why I felt every second was wonderful until 11.59pm yesterday. And today, it's starts to be a disaster like always. Huh.

Lusa pulak, aku ada project update dengan Mr. Director yang hensem. Serius, director aku memang hensem. Irish la katakan, huhu.. (DD jangan marah yaa..) Tapi hampeh, memang gila workaholic. Sudahnya aku jugak yang tensen nak kena prepare untuk project update lusa ni..

Eh, tak maulah cakap pasal ni. Baik aku cerita pasal benda lain. Owhh, almoostt lupa nak share sesuatu benda. Sejak last week, aku telah menyemakkan jadual rutin aku dengan membela sepasang kura2. Oleh kerana ketandusan idea, DD dengan keterpaksaan-oleh-aku telah memberi nama Jojo dan Cik-Am. Kedua2 nama ni memang ada history dengan aku dan DD sebab sebelum kitorang bercinta dulu, aku suka panggil DD, Jojo. Yelah, orang panggil DD, Jo. So aku panggil DD, Jojo. Baru la special skit (Masa berkawan dulu pun dah special2 eh.. Erk.. did not realized laa. Serious!! )

Nama Cik-Am tu inspired from nama timangan aku kat rumah. Aku memang banyak nama panggilan. Adek2 panggil aku Kak Ti. Mak, Apak, Yong dan Abang panggil aku Tiam. Arwah opah panggil aku Etty. Member2 ada yang panggil Tirah, Tiam dan masa aku kat MRSM dulu ada jugak yang panggil aku Eross sebab dulu aku minat sangat SO7. Aku pun heran macam mane aku boleh adapt dengan nama2 tu semua. Apapun meh layan gambor dulu...

Cik-Am ni memang type yang suka interframe kot eh? Senang betul nak amik gambar dia sekor.

Yang bawah skit tu la Cik-Am. Yang atas tu Jojo. Yang betina kukunya pendek. Tapi Cik-Am lagi besar dari Jojo.. (ke aku lagi beso dari DD?huhu..)

Cik-Am dan Jojo yang comel..

Cik-Am ni nakal. Suka sangat kacau Jojo. Kadang2 dia suka gigit Jojo jugak. Mula2 aku pun risau takut Jojo tak dapat bertahan, yelah nanti takt dia mati pulak disebabkan keganasan Cik-Am, but this morning I found out that Jojo OK je bila Cik-Am kacau dia. Sebabnya dia pun melawan jugak.

Eloklah tu, diorang suka gaduh2 ek. Gaduh2 manja gitu. Macam aku dengan DD jugak huhu..

Ok, time to work now!


With Love,

Friday, April 16, 2010

E-photobookku yang comelll..

Kelmarin aku balik lewat. Sebab temankan kawan aku yang nak balik skali. Bila aku dah kemas2, tengok2 member aku plak tengah tolong kwn sekerja kitorang yang tengah tungkus lumus nak siapkan complaint.

Takpelah. Aku tunggu la sambil tolong skit2. But that nite was worth la jugak, at least aku blajar sesuatu...

Balik rumah, tengok2 housemate aku takde. Frust aku, sebab hajat di hati nak snap jugak gambar photobook engagement aku yang comellll itu (huhu..perasan skit). Nampaknya kena tunggu esoklah.

Dan semalam aku berjaya mengambil gambar album pertunanganku a.k.a my E-photobook. Tadaaaa!! Cantik dak?

E-photobook ni aku beli kat Jusco aje. Rm39.90. Tapi cantik dan unik sebab kat depan boleh sisip gambar. Aku print gambar aku saiz passport untuk accommodate gambar aku kat depan tu. Gambar DD pulak aku print saiz biasa (4R) dan aku ambil muka dia je. Tapi gambar DD tu bukan gambar masa engagement aku. Sebab masa engagement aritu, DD tak banyak inter frame. Gambar2 yang ada muka DD pun tak brapa OK untuk jadi front cover. So aku hunt kat dalam folder dating dulu2. Now I realized yang DD tak banyak gambar sorang2. Kalau ada gambar yang elok pun mesti ada aku kat sebelah. Gambar yang jadi front cover ni pun ada aku kat sebelah sebenarnya (if korang perasan, aku ada post gambar ni kat entri dulu2).

Actually aku tak brapa puas hati dengan gambar DD ni jadi front cover. Sebab gambar DD ni tak masuk tema. Yelah, gambar aku tu memang sah2 gambar engagement, tapi tiba2 gambar DD kat air terjun Ulu Bendul plak.. Tak ke pelik tu? (Ke aku yang terlalu perfectionist sangat?)

Insya Allah, hujung bulan ni aku nak gi jumpa DD (yey, dating lagi!! :)) So aku nak capture gambar DD yang barulah..


Hasil kat dalam.. Aku rasa background hitam sangat menyerlahkan gambar2 aku yang banyak bermain dengan warna pink.


Gambar banyak. Terpaksa beli dua. Ok. Aku ada idea gila, tapi nak tanya pendapat korang; rasa elok tak kalo aku buat nombor kat tepi E-photobook aku ni? Alaa, macam ensiklopedia, ada no 1, 2 , 3 bla bla blaa tuu.. Ok ke eh?


With Love,

Wednesday, April 14, 2010

Kembali ke blogosfera

Alhamdulillah, aku sekarang sudah ada semangat untuk kembali aktif di blogosfera. Sekarang ni aku memang berkobar2 untuk upload gambar album engagement aku, tapi masalahnya gambar album langsung tak snap apepun. Dan aku kena pinjam kamera housemate sebab kamera aku dah rabun jauh.

So kena la bersabar skit. Harap2 aku still ada semangat berkobar2 sampai ke malam ni..



With Love,


Tuesday, April 13, 2010

MyLook.com. Enjin Carian Terbaru.


Jom Kumpul Duit.


*Terhad! Saham Percuma Dari Enjin Carian Baru, MyLook.com*

MyLook.com ialah sebuah enjin carian baru yang menawarkan saham percuma kepada ahli-ahli yang mendaftar dan melakukan carian menggunakan MyLook.com. Pendaftaran dan keahlian adalah percuma.

Klik di sini untuk memulakan saham anda di MyLook.com

Tawaran ini mungkin hanya sah pada peringkat awal pelancaran MyLook.com dan MyLook.com berhak menarik balik tawaran ini di masa hadapan. Bagaimana pun, semua unit saham yang telah anda kumpul akan terus menjadi milik anda dan mendatangkan pulangan bulanan.

Setiap unit saham MyLook.com bernilai 22 cents (USD) buat masa sekarang. Setiap unit saham akan memberikan pendapatan bulanan kepada anda dalam bentuk dividen bulanan.

Sertai MyLook.com sekarang dan dapatkan:

-> 5 unit saham percuma setiap hari (maksima) sekiranya anda melakukan 5 carian menggunakan MyLook.com pada hari tersebut.
-> 5 unit saham percuma untuk setiap ahli yang anda kenalkan (tiada had).
-> Insentif 20% dari jumlah saham terkumpul ahli-ahli yang anda kenalkan dan 20% dari pendapatan bulanan mereka (tiada had).

Anda tidak perlu memperkenalkan peluang ini kepada sesiapa pun untuk menerima bayaran dari MyLook.com tetapi jumlah saham yang dapat anda kumpul adalah terhad kepada $0.22 x 5 = $1.10 sahaja setiap hari.

Tetapi sekiranya anda ingin mendapat pendapatan bulanan secara aktif dan percuma untuk jangkamasa panjang, anda boleh memperkenalkan rakan-rakan dan anda akan mendapat lebih banyak saham percuma pulangan yang berlipat-ganda.

**** Pastikan anda sentiasa login akaun anda semasa menggunakan MyLook ni utk mndpt hasilnya.

Sumber dari Inahar's Cooking Time!

P/S: Saper yg nk bagikan free camni. Tetapi sekiranya korang dapat perkenalkan kepada orang lain, lagi bagus dan yang dibayar xde limit.MyLook ni masih baru .(aku pn baru register ni, tak tau bleh dpt duit ke tak. ni pun nak try luck je la.. mana tau untung2 dapat cek tiap2 bulan…huhu. Dan sekiranya benda ni tak betul, kita still tak rugi apa2. ibarat macam kita pakai google untuk search sesuatu, tapi selain kita dpt search, kita dpt jugak duit kan huhu..). Ada jugak orang cakap benda ni scam. Apa-apa pun kalau korang nak join, make sure jangan gunakan password email semasa nak sign up tu.

Klik di sini untuk menyertai MyLook.com.


With Love,

Bestnya, nak BBQ lagi...

Lammmmmaaaaaaaaa gileeeeeerrrrr tak hapdet blog ni. Dah naek bersawang. Ni suma gara-gara audit la bulan 3 aritu. Almost tiap2 hari aku balik lepas kul 7. Masuk keja macam operator dah. Masuk kul 8, balik pun kul 8 jugak. Last minute masa nak dekat audit aritu balik umah pukul 12. Gila. Naseb baik la dapat claim allowance huhu...

Lepas tu sibuk uruskan projek-projek yang sekian lama dianak-tirikan gara-gara audit. Hadoii. Pening, pening.

Apapun alhamdulillah, bonus pun dah dapat. Tapi rasa macam tak cukup je.. (Haiyaa, banyak songeh plak minah ni..haha)

Cuti raya cina dah pun berlalu. Walaupun dah lewat untuk nak aku ceritakan, tapi aku nak cerita jugak. Tak kira! Huhu... Kilang aku cuma cuti dua hari je. Naseb baik CNY ni jatuh hari ahad dan isnin. Maka dapat aku cuti 4 hari, jika campur dengan hari sabtu dan ahad.

Dan sudah semestinya aku manfaatkan cuti 4 hari tersebut dengan berjumpa DD. Sudah semestinya hokeh. Huhu..

Aku bertolak ke KL tengahari hari Sabtu, 13 Februari lepas (sebab tiket direct ke Seremban dah sold out). Mula-mula nak bertolak awal tapi disebabkan mata ni macam melekat je pagi tu, makanya waktu bertolak dragged sampai ke tengahari. Naseb baik tak beli tiket lagi huhu.. Dan naseb baik jugak jalan tak jam sebab semua orang pakat keluar dari KL. Hati sudah berbunga-bunga..

Naseb tak baik bermula bila jalan start jam untuk laluan bas masuk ke Pudu. Memang sesak giler. Dok tunggu sampai setengah jam, bas cuma bergerak dalam 50 meter je. Last2 aku turun dari bas bila aku tengok semakin ramai orang dari bas belakang yang jalan kaki, dan jalan kaki nampaknya lebih laju dari tunggu dalam bas.

Sampai pudu aku terus ke toilet sebab panas giler petang tu. Basuh muka. Pakai foundation dan bedak muka balik. Dan aku terus ke LRT plaza rakyat. Mulanya aku nak pakai Touch n Go je memandangkan baki kad banyak lagi dan aku tengok panjang pulak queue masa tu. Tapi bila scan tiba-tiba kad tak sah. Hai, terpaksa la aku beratur jugak..

Hai, naseb tak baik lagi..

Naik LRT, turun di Tasek Selatan. Dan transit KTM di sana. Turun tangga untuk ke ruang menunggu di KTM, kelihatan ramai betul orang yang menunggu. Aku pun bergerak untuk tunggu paling ujung skali, dekat dgn kepala ketapi.

Selang dalam setengah jam, keretapi pun sampai.. Mak aii, tengok orang dalam keretapi kalah ikan dalam tin. Mula serba salah jugak nak masuk, tapi memandangkan tak larat nak tunggu ketapi lagi, aku terus je naik.

Hadooii, rasa macam nak pitam je bila berhimpit2 dengan macam2 jenis dan saiz orang. Itu belum campur dengan bermacam2 jenis perfume semulajadi. Lagi2 mat rock indon. Aduhai, lenguh kaki nak berdiri, lenguh hidung nak sedut bau2 yang tersangatlah tak bestnya..

Lebih kurang dekat sejam jugak la aku berdiri sebelum dapat duduk. Alhamdulillah, lepas dua jam setengah baru sampai Seremban. Baru dapat tengok muka DD. Hilang segala lenguh ni. :))

Sepanjang 4 hari aku di Bahau, aku sempat pegi wedding skulmate aku di Serting dengan DD dan dua orang opismate dia, Sikin & Nasir. Hajat nak jumpa ex-classmate masa MRSM dulu. Tapi ada sorang member tu dah balik. Kitorang tunggu jugak kot2 ada ex-classmate yang nak datang, tapi dekat 2.30 petang kitorang terus angkat kaki sebab tunggu lama sangat. DD pun dah tak tahan panas. Kesian, berpeluh-peluh DD.. Tapi I suka sebab DD pakai baju yang diberi masa bertunang aritu.. I likeeee..!!

Gambar ni betul-betul buat aku nampak kurus. Perhatian, NAMPAK kurus yer. Sesungguhnya kamera henpon Sikin ni memang pandai buat hati aku berbunga-bunga. Haha..


Lepas kenduri kahwen tu kitorang pegi ke Air Terjun Ulu Bendul. Dengan baju2 kebaya aku turun main air. Sikin yang berbaju kurung pun turun jugak. Orang kat situ pun pandang pelik je. Tapi aku tak heran. Bukannya aku naked pun.

DD rajin betul ambil gambar masa kitorang dalam kereta. Mula2 Nasir (kiri) pandang kamera. Kitorang suma seriau nanti kereta masuk longkang tepi jalan. Lepas kena tegur dengan kitorang, Nasir terus tak pandang kamera dah. Haha. Nasir yang pemalu!

Hehe.. Comel dak kami? :))


Dan yang paling best, kitorang sempat berBBQ kat rumah DD! Best giler..

Aku dan Zie, opismate DD jugak tengah mengatur ayam-ayam untuk berbaring rapat-rapat dalam tempat pemanggang. Sebelum nak panggang ayam ni, DD keluarkan otak-otak segera yang dibeli kat Econsave. Memandangkan otak-otak ni cepat masak, kitorang bakar benda ni dulu. Lagipun masing-masing perut dah berkeroncong hebat.


Ni rupa otak-otak dan ayam yang tengah dibakar. Ada sosej jugak, tapi dah abis kena telan kot masa ni.. Hadooii, terliur plak aku..


Amboi, sakan nampak Sikin dan Nasir bergurau. Ada ape-ape ke? Huhu!


Masing-masing terduduk kekenyangan selepas melantak ayam panggang, sosej dan otak-otak..

Best giler.. Nak BBQ lagi........


P/S: Aku sedang dalam progress menyusun gambar2 masa bertunang dulu. Insya Allah will share with you all hasilnya dalam masa terdekat.. ;)


With Love,