My wedding stamp arrived on last week. Hari Jumaat tu aku balik rumah Ipoh. Sampai saja kat rumah, terus tanya mak tentang parcel dari mango ni. Semangat dohh nak tengok custom made stamp aku ni. hehe..
Bukak je parcel (di belakang parcel ada cop mango, kelas gituuu..), terus aku nampak sesuatu. OMG, mango siap bubuh dlm tin box tuh! Cantiikkkk giler I likkeee seribu kali!! Siap ada logo mango lagi atas opener tu dan aku baru perasan yang logo tu actually is a sticker! Mati-mati aku ingat yang tin box tu custom made jugak haha.. But it really was a brilliant idea! And the best part is, mango siap bagi panduan lagi macam mana nak jaga rubber stamp ni. Haha, teringat email2 aku yang banyak bertanya tentang ketahanan rubber stamp since aku ni first user.
Cantik kan? Tapi aku ambil gambar ni lepas start guna stamp ni. Sebab tu stamp dah jadi warna turquoise. Dah tak suci dah. Aku dapat rubber stamp ni sebijik macam entri bawah.
Lepas dapat ape lagi... Ambil paper bag, ambil ink yang aku beli kat
Scrap-n-Crop dan bermulalah kehidupan part-timer sebagai seorang pencop tegar. Haha.
(Ink yang aku pakai ni pun atas cadangan mango. Maklumlah aku ni first user. Memang banyak aku bertanya psl rubber stamp ni kat dia. daripada ink sampailah ke jangka hayat dia.huhu..)
Siap ada cop mango lagi. Dan hasilnya selepas dicop di atas paperbag.
Family aku selalu tanya kenapa sungguh-sungguh nak buat wedding stamp ni? Mak aku pernah suggest beli paperbag je, kan senang hidup. Tapi aku dah nekad nak buat wedding stamp ni sebab sekarang ni tak ramai orang cop paperbag lagi. Dan sebab paling utama, paperbag fancy tu orang akan buang dan tak boleh pakai dah. Aku pernah tengok sekali je, dalam blog. Reality belum lagi. No dua, aku punya paperbag ni memang bertujuan untuk dibuang. Aku selalu tengok kalau fancy paperbag tu orang buang je. Dan orang slalunya buang kat dalam longkang rumah & di tepi jalan rumah pengantin. Kalau aku jadi pengantin tu mesti aku meraung dah. Yelah, mahal dohh paperbag tu! Yang mahalnya sebab keras dan berkaler-kaler! Kalau aku punya paperbag ni, nak buang pun tak kisah, sebab murah je, 10 sen je sekeping. Wedding stamp aku ni je yang mahal. Memang banyak kerja sikit sebab kena buat sendiri tapi aku memang suka kerj-kerja camni. And it is worth, sebab......
aku boleh pakai stamp ni sampai bila-bila! Sebab tu aku tak letak tarikh kahwin hehe...
(So my advice, melaburlah untuk benda yang boleh dipakai lama, bukan kepada benda yang boleh dipakai sekejap je. Paperbag ni contoh terbaik.)
Dan inilah work station aku untuk beberapa hari akan datang ni...
Berminat? Maka silalah layangkan email anda kepada
mango. Kena sedikit bersabar yer sebab kadang2 mango susah sikit nak balas email kita. But once dia dah balas dan kita bersungguh2 nak tempah rubber stamp ni kat dia, semuanya akan berjalan lancar.
Good luck to you!!
P/S: Nampaknya mango kena start bagi komisen kat aku dah ni sebab aku promote dia hahaa. Dan buat Lala, thanks for the award! First time terasa macam diva.. Haha!!
With Love,