5 November 2010

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 8, 2010

Raya terakhir sebagai seorang single

Dear readers, (hopefully aku tak syok sorang2 haha)

Sorry sebab lama tak hapdet pasal wedding prep. Terlalu sibuk dengan duty kerja. Lepas raya tersangatlah sibuk dengan report pulak. Haih, kerja yang tak berhenti2. Insya Allah selepas raya akan aku hapdet dengan gambar2 terbaru.

Baru2 ini juga aku telah terkena SMART TAG dengan Cik Imma kita. Itupun akan aku jawab selepas raya. (Sorry imma, tapi aku nak raya puas2 dengan ko dulu sebelum menjawab tag ko heheeee..)

Bagi aku tahun ni penuh bermakna sebab ini adalah last raya aku sebagai seorang single (walaupun dah bertunang, tapi tak sebumbung kan kan?). Raya tahun depan tak tahulah macam mana. Thalha akan merasa raya tahun ini dengan title isteri, begitu jugak dengan kawan aku, zamm tapi aku tak sempatlah. Raya tahun depan mungkin, amiinnn!! Tidakpun raya korban tahun ni aku akan start sambut berdua. =)

Di kesempatan ini jugak aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aildilfitri, maaf jika ada tersalah penulisan di blog ini yang telah menyinggung perasaan sesiapa. Harap diampunkan kerna tiada seorang pun manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan. Aku pun juga maafkan semua readers & writers di dalam blogosfera ni.

Jadi purata terkumpul (CGPA) dosa aku dengan korang; 0-0 lah ye.

Daaaa!!! Will off till 19!


With Love,

2 comments:

sabree hussin said...

Selamat bakal mendirikan rumah tangga :-)

Athirah Rahim said...

terima kasihh.. :)

Post a Comment