5 November 2010

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 29, 2010

Parcel Dari Mango - The Arrival of My Wedding Stamp

My wedding stamp arrived on last week. Hari Jumaat tu aku balik rumah Ipoh. Sampai saja kat rumah, terus tanya mak tentang parcel dari mango ni. Semangat dohh nak tengok custom made stamp aku ni. hehe..

Bukak je parcel (di belakang parcel ada cop mango, kelas gituuu..), terus aku nampak sesuatu. OMG, mango siap bubuh dlm tin box tuh! Cantiikkkk giler I likkeee seribu kali!! Siap ada logo mango lagi atas opener tu dan aku baru perasan yang logo tu actually is a sticker! Mati-mati aku ingat yang tin box tu custom made jugak haha.. But it really was a brilliant idea! And the best part is, mango siap bagi panduan lagi macam mana nak jaga rubber stamp ni. Haha, teringat email2 aku yang banyak bertanya tentang ketahanan rubber stamp since aku ni first user.

Cantik kan? Tapi aku ambil gambar ni lepas start guna stamp ni. Sebab tu stamp dah jadi warna turquoise. Dah tak suci dah. Aku dapat rubber stamp ni sebijik macam entri bawah.

Lepas dapat ape lagi... Ambil paper bag, ambil ink yang aku beli kat Scrap-n-Crop dan bermulalah kehidupan part-timer sebagai seorang pencop tegar. Haha.

(Ink yang aku pakai ni pun atas cadangan mango. Maklumlah aku ni first user. Memang banyak aku bertanya psl rubber stamp ni kat dia. daripada ink sampailah ke jangka hayat dia.huhu..)


Siap ada cop mango lagi. Dan hasilnya selepas dicop di atas paperbag.

Family aku selalu tanya kenapa sungguh-sungguh nak buat wedding stamp ni? Mak aku pernah suggest beli paperbag je, kan senang hidup. Tapi aku dah nekad nak buat wedding stamp ni sebab sekarang ni tak ramai orang cop paperbag lagi. Dan sebab paling utama, paperbag fancy tu orang akan buang dan tak boleh pakai dah. Aku pernah tengok sekali je, dalam blog. Reality belum lagi. No dua, aku punya paperbag ni memang bertujuan untuk dibuang. Aku selalu tengok kalau fancy paperbag tu orang buang je. Dan orang slalunya buang kat dalam longkang rumah & di tepi jalan rumah pengantin. Kalau aku jadi pengantin tu mesti aku meraung dah. Yelah, mahal dohh paperbag tu! Yang mahalnya sebab keras dan berkaler-kaler! Kalau aku punya paperbag ni, nak buang pun tak kisah, sebab murah je, 10 sen je sekeping. Wedding stamp aku ni je yang mahal. Memang banyak kerja sikit sebab kena buat sendiri tapi aku memang suka kerj-kerja camni. And it is worth, sebab......

aku boleh pakai stamp ni sampai bila-bila! Sebab tu aku tak letak tarikh kahwin hehe...

(So my advice, melaburlah untuk benda yang boleh dipakai lama, bukan kepada benda yang boleh dipakai sekejap je. Paperbag ni contoh terbaik.)

Dan inilah work station aku untuk beberapa hari akan datang ni...


Berminat? Maka silalah layangkan email anda kepada mango. Kena sedikit bersabar yer sebab kadang2 mango susah sikit nak balas email kita. But once dia dah balas dan kita bersungguh2 nak tempah rubber stamp ni kat dia, semuanya akan berjalan lancar.

Good luck to you!!


P/S: Nampaknya mango kena start bagi komisen kat aku dah ni sebab aku promote dia hahaa. Dan buat Lala, thanks for the award! First time terasa macam diva.. Haha!!


With Love,

Monday, October 18, 2010

My Wedding Stamp

Ngantuk gila hari ni. Aku berjalan2 ke blog mangosteenskin. Dan aku nampak ini.


Yeaaaahhh!! Mango dah 100% siapkan wedding stamp aku!!

Ya. Aku order wedding stamp dari mango. Kerja dengan mango tersangat mudah. Dia senang faham apa yang customer minta. Walaupun terpaksa melayan kerenah cerewet customer macam aku tapi dia tak pernah marah. Untuk aku, dia kena 4 kali edit design sebelum dapat yang macam ni. Itu tak termasuk kena bagi comment sebelum start buat layout. Tabik spring untuk talented person seorang ni.

Btw ini gambar yang mango send before dia siapkan kepala stamp aku ni.


Eeee... tak sabar rasanya nak terima wedding stamp ni dan chop, chop, chop!


With Love,

Thursday, October 14, 2010

Sepetang di ETS dan DIY Bantal Hantaran!

Last two week kami berdating lagi. Dan last berdating sebagai sepasang tunang, dan lepas ni kalau jumpa pun pastinya kami dah bergelar husband and wife. (Amiiinnn!!)

Dan kebiasaannya kalau aku naik bas ke Seremban, pastinya aku kena ambil half day sebab bas direct ke Seremban paling last pun pukul 2.30 petang pada hari Jumaat. Jadi untuk save annual leave, aku saja2 gataiii mahu naik ETS.

Tapi ETS direct ke Seremban pula pukul 2.00 petang. Jadi aku ambil ETS ke KL Sentral pukul 6.30 petang. So sempatlah aku sebab aku kerja di Taiping. Makanya aku perlu bergesa2 pulang ke Ipoh, ambil mak di rumah sebentar dan akhirnya terus ke stesen keretapi. Nasib baek rumah dekat saja dengan stesen.

Oh. Sebenarnya ini first time aku naik keretapi. Jangan disamakan keretapi dengan komuter ya. Sebab kalau komuter itu memang dah terlalu banyak aku naik.

Atas alasan itulah aku naik keretapi.


Comment? Best jugak! Sangat teruja sebab selalunya kalau naik bas aku cuma akan nampak bukit batu kapur, gua tempurung, bila nak sampai KL tu barulah nampak rumah2 moden. Sangat muak. Berbeza dengan train route, akan nampak sawah, kampung2.. dan train station yang sangat old skool! Dan tak terasa pun train tu berhenti. Mungkin sebab masih lagi brand new.

Apa-apa pun, pengalaman yang sangat berbeza, aku kira.

Hokeh. Cukup dengan pengalaman di ETS. Aku nak share pula macam mana nak DIY bantal hantaran since Cik Meeya pun dah tanya:
  1. Untuk memulakan kerja, korang dapatkan kain satin, benang, dan isian bantal (tak tahu apa namanya benda alah yang digunakan untuk filling tu tapi yang pastinya bukan kekabu, sebab mahal. Jadi pakai saja yang sintetik punya. Lebih murah dan bukannya korang nak pakai untuk duduk. Hantaran sahaja dibenarkan untuk duduk di atasnya haha..)
  2. Lepas tu korang jahit mesin sehingga bentuk segi empat (dalam keadaan kain terbalik hokeh). Jangan jahit pada satu sisi terakhir sebab dekat situlah korang akan gunakan untuk terbalikkan balik kain dan sumbatkan filling tu ke dalam bantal korang.
  3. Dah lepas filling tu korang jahit tangan sisi yang terakhir tu. Maka jadilah bantal seperti di bawah. Tadaa... (no 1).
  4. Lepas tu korang ambil renda langsir. Renda ni terpulanglah pada korang nak jenis macam mana. Jahitkan pada bantal tu. Jahitlah macam mana asalkan benang jahitan tu tak nampak dan yang pastinya renda tu melekat erat pada bantal. Tips masa menjahit: Jadikan border tepi bantal tu dan garisan benang renda sebagai guideline korang semasa menjahit renda tu. Ini untuk elakkan daripada renda tu taklah herot berot. Sentiasa in line je dari setiap sisi. Bawah ni contoh untuk bagi orang lebih paham (sebab aku tahu korang mesti tak paham punya apa yang aku cuba nak explain hahaha..)
  5. Lepas tu korang hantarlah sedikit kain kat kedai tailor dan suruh diorang buat butang kain. Dah siap, korang jahitkan pada tengah2 bantal tu. Pastikan korang ukur dulu pada bantal supaya position butang tu adalah center. Bawah ni gambar untuk rujukan korang.. Tadaaa... (no 2).
  6. Dan akhir sekali dapatkan manik2 acrylic untuk dijahit pada setiap bucu. Actually manik ni adalah hiasan yang aku selalu tengok orang gantung2 kat pelamin, bilik langsir dan mana- mana saja yang boleh digantung. Aku dapatkan manik ni dari Nilai. Di Ipoh pun ada jual jugak, cuma agak mahal skit. tapi aku potong talinya untuk dapatkan manik ni. Huhuu... Maka tengoklah hasilnya macam kat bawah ni. Tadaaa... (no 3)
  7. Makanya inilah hasilnya.. dapatlah korang manik2 eksklusif kini tergantung berpusing2 pada bantal korang huhu... The final tadaaaa.. TADAAAAAA!!
Sekian sahaja untuk tutorial DIY pada hari ini. Haha..


With Love,