5 November 2010

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 21, 2010

Wedding hapdet - Ceritera tentang deco hantaran

Selamat hari raya semua. Pasti ramai yang sibuk menghadiri open house sana sini meski semua konfem sudah mula balik bekerja. Huh, liat giler nak mula kerja balik. Rasa mahu cuti lagi. Dah lah semalam aku ke Penang kerna ada workshop di sana. Berjumba-jumbalah aku pada tahap maksimumnye. Dan mungkin sebab tu aku rasa semalam macam hari Jumaat je. Yelah, kalau Jumaat selalunya aku malas skit nak buat kerja hahaaa...

Okeh, lama jugak aku tak hapdet pasal wedding prep aku ni. Sejak kamera aku sakit, ni aku jadi mati kutu untuk hapdet blog. Bosanlah kalau tak ada gambar. Tak berseri okeh blog aku ni. But naseb baik ada kamera adek aku kat rumah. Sempat jugak aku culik kamera dia. Haha.

Jadi untuk itu aku hapdet dengan deco hantaran. Aku dah start looking for inspiration untuk buat hantaran sejurus selepas habis hari tunang aku tahun lepas. Aku suka tengok Kerja Kahwin, Sher, merisik gallery dan paling aku suka.. Arma Abdul Rahman. Superb beb! Dan sah-sahlah mereka ni semua jadi bahan rujukan aku.

Dan oleh kerna semangat nak buat sendiri punya pasal, aku beli majalah koleksi hantaran. Dalam majalah tu banyak jugak deco hantaran yang cantik2. Dan oleh kerana banyak yang cantik, Cik Imma sahabat sejati aku itu pun telah meminjamnya buat rujukan untuk majlis abangnya bulan 12 ni hehe..

Actually dalam majalah tu ada gambar hantaran yang menggunakan bantal bagi menggantikan alas dulang. Ala macam Arabian skit2. Tapi tak dapatlah aku snap gambarnya. Lain kali mungkin. Tapi lebih kurang macam Arma design di bawah ni:





Tapi Arma punya more to built in punya, which is dia punya bantal melekat trus kat dulang tu. Kalau aku kaya, bolehlah aku pakai dulang camni. Memang elegant giler.. Tapi memandang aku ni kena bajet maka aku kena buat separatelah. Bantal dan dulang, asing.

Dan bawah ni adalah hasil kerja aku selama beberapa bulan ni. Tadaaaa....



Bantal tu actually memang terasing dari dulang. Akulah yang semangat pergi cari kain, cari renda sampai ke nilai, cari manik yang dijahit pada setiap penjuru bantal, cari bunga di SSF dan cari dulang, juga sampai ke nilai (lebih murah kalau nak dibandingkan dengan dulang yang serupa di Ipoh).

Dan sebenarnya hasil kerja aku ni baru 80% siap. Belum dibubuh barang hantarannya dan ada riben2 skit. Ingat nak cari kerongsang skit, tapi tu aku rasa optionallah kot. Takut terover bajet di sini. hehe..

Dan sebenar-benarnya aku plan nak tunjuk deco ni selepas kawin. Tapi sebab tak sabar nak share kat blog ni, jadi terpaksalah tayang jugak sebelum kawin hahaaha... Amacam ok ke aku buat ni? Hmm..

With Love,

8 comments:

Syidah said...

sudah lama menyepi..

tapi memang cantik hantran tu..
chaiyook!

Elya Roza said...

eyyyy...jgn disclosed sepenuhnyee..nnt tak seprisee....hahahaahha...

nice sgt!!!gud job..berapa riban cost buat macam ni :D

hana yoriee said...

ha ah..share sikit cost nye u..huhu..hrtu survey bekas hantaran je dah puluh2..huhuhu..nak save ni..

Athirah Rahim said...

syidah: itulah.. kena buat comeback. haha..

ElyaElmo: takpe, sebab tu pun tak siap sepenuhnya lagi hehe.. ishh mana ada riban2. suma buat sendri, jahit sendri hehe..

hana: bekas hantaran puluh2 ke? ishh mahal tu. tirah punya silver round tray tu cuma RM10.90. tray tu pun medium size. okeh, i will share the details.

Inimeeya said...

tirah!apesal cun sgt ur deco hantaran ni!haha
cantek & sgt teruja tgk.
tray tu 10.90 jek?murah banget.dimana membelinya?hehe=p
tirah, ajarla cmne nak buat bantal tu.hehe=)

Athirah Rahim said...

meeya, thanks!

haah, 10.90 je. dekat nilai. tak ingat dah apa nama kedai tu. but next week I will go there again! will try to find out for you :)

Imma Yusri said...

cik t.am dah menayangkan hasil keje dia... bile nak hapdet balang ko tu...??? kekeke

Athirah Rahim said...

yer cik Imma, will update malam ni hehe..

Post a Comment