5 November 2010

Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 8, 2010

Yeah. Aku dah ada wedding book!

Selasa lepas pc aku masuk hantar workshop kerna semua excel, word doc tak boleh bukak. Setiap kali klik aje, pc aku akan hang lama gilerr. Kalau bernaseb baik, document tu bolehlah bukak. Kalau tidak, alamat sampai subuh esok pun belum tentu boleh. Tapi naseb aku baik sebab abang wan, orang IS di tempat aku sudi untuk memformatkan pc aku dan ambil masa sekejap je (Tapi itu pun jenuh aku memfollow-up dengan abg wan. Sampai kena duduk perhati dia wat keje baru siap pc aku ni dia formatkan).

Aku sekarang sedang senang semangat untuk menyiapkan list wedding aku ni. DD dah dua tiga kali tanya mana list weddingnya. Sebab dia pun nak tompang sekaki jugak. Huhu.. Aku pun cuma copy je kat kisahqaseh ni. Tq eh. Actually aku terjumpa banyak wedding list and i have bookmarked them tapi memandangkan pc aku ni baru je kena format, maka mampu tersenyum je la aku. Semua bookmark aku hilang.

Aku tengok ramai orang beli buku khas untuk wedding preparation. So aku pun nak try la jugak. Mula-mula aku carik kat Taiping Sentral (masa aku dok kat Taiping di suatu weekend itu) tapi yang aku suka semua yg mini2 je saiznya. Yang besor2 semua tak comel. Maksud aku tak kena sebab tak ada unsur2 wedding pun. Nak ke Penang pun rasa cam tak berbaloi je kalau sekadar nak hunting buku camtu. Jadi aku pun terpaksa la tunggu minggu seterusnya untuk hunting wedding book kat Ipoh pulak.

Dalam kepala aku tak ada tempat lain dah. Kalau tak ke S&J atau Memory Lane kat Jusco, mesti ke Living Garden di Ipoh Parade. Harap-harap salah satu tempat ni ada lah benda yang aku nak.

Tempat pertama sekali aku pegi; S&J. Aku macam terbayang je kat sini aku boleh jumpa wedding book aku. Dan ya, aku jumpa jugak.



Comel tak? Huhu. Aku suka bangat. Terutama yang silky roses tuh. Dan yang paling penting, wedding book aku hard cover (senang nak peronyokkan dalam handbag atau baling kat kepala makcik butik yang tak nak terima tempahan baju aku nanti haha), senang nak lipat sebab ring dia besor, dan isi dia ada ruangan bergaris dan ruangan kosong seblah kiri. Senang aku nak gatalkan tangan draw apa2 yang aku nak DIY kan. Huhu..

Tapi kenapa warna hitam jugak yang aku suka heh? Dulu aku punya guide book masa engagement pun warna hitam jugak. Ye lah, walaupun sebenarnya guide book tu memang dah ada sebelum aku bercadang nak engage lagi, tapi kenapa mesti warna hitam huh?

Tak apalah. Warna hitam kan elegan. Lagipun tak mudah kotor. Ye, aku ni bukan jenis yang suka tengok benda kotor. Nanti aku mesti rasa ralat dan tangan akan rasa gatal untuk bertukar kepada yang lain. Huhu..

Dan kelmarin aku dah siapkan wedding list aku. Tinggal nak share dengan DD je. Tapi DD balik kampung pulak sebab ayah tak sihat.

Bosan tul kena tinggal sorang-sorang. Internet pulak lembab. Haih...


With Love,

5 comments:

imMa ~vOguE```~~~ said...

Choppp...!!! nak tulis ape dlm buku nih??? huhuhu.. baru nak belajar... kekeke

Thirah Rahim said...

Buku ni memang tersangat penting (menurut pengalaman aritu). yelah, nak handle majlis kawen bukannya senang. banyak benda yang kena pikir. kursus kawen, catering, baju nikah, baju sanding, macam2 lagi la.. jadi at least ko kena ada buku yang boleh ko note semua benda ni at dalam satu tempat supaya ko tak lupa. Tak semestinya ko kena guna buku. laptop pun boleh. tapi buku kan lebih mudah. senang nak bubuh dlm beg, mudah nak bawak ke hulu ke hilir. tak payah susah2 nak kena charge bateri mcm laptop. :)

Fuchsia said...

ahaks. cantik buku. bleh buat guestbook nih ^-^

Thirah Rahim said...

Fuchsia: Thanks! Good idea loh! ;)

r@tn@ said...

cantikkk~~nnt simpan buat kenangan..tunjuk kat anak2..sweet~

Post a Comment