5 November 2010

Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 16, 2010

Wedding hapdet - Ceritera tentang pakej kahwen dan alkisah baju nikah

Haiyaa.. sikalang banyak kerja woo. Nak weekly hapdet psl wedding ni pun tak sempat. Sekarang ni, kalau nak pikir dan beli semua wedding stuff, semuanya dibuat pada hujung minggu. Sebab on weekdays, aku tak sempat nak buat apa-apa. Balik rumah sewa, terus mandi, baring. Dan tido. Dan esoknya bangun balik pegi keje. Kadang-kadang rasa macam fed up sungguh dengan kerja. Rutin hidup masa weekdays tersangat stereotaip.

By da way, last two weeks aku dah book pakej kahwen. Saja je tak mau update kat sini takut tak surprise haha (dan sekarang memang tak surprise dah..) Yang menariknya, sebelum pergi ke butik tu aku dah plan macam2.. Kunun-kunun nak amik baju kawin warna silver with English design lah, nak pelamin total off whitelah (sampai aku kumpul banyak gila gambar sample pelamin, tapi tak terbayangkan macam mana rupa pelamin yang aku nak memandangkan aku ni mudah jatuh cinta dengan pelamin yang cantik. Yang pasti, English style juga...) Dan aku sungguh cerewet tentang warna.

But last2, bila sampai kat butik tu, lain yang aku plan, lain pulak yang jadi. Jadi kontra terus! Baju yang aku plan nak amik warna silver, trus jadi warna turquoise, dan yang lawaknye, dari English style terus ke Arabian style! Haha... But seriously my wedding outfit is tremendously awesome! Cik Imma gediks dan Imin selaku my wedding assistants merangkap pengkritik dress aku tu pun cakap OK sangat lepas aku pakai.

After pilih that Arabian dress, aku pun terkejut sebab lari giler dari idea asal. Tapi tak apalah, hati sudah suka.

Luckily pelamin aku masih off white. Ada sikit2 unsur biru. Makanya, masih dalam plan.

Em.. Baju nikah. Mula-mula aku nak sewa je setelah diprovoke oleh Cik Imma dan Yasmin; baju nikah hanya pakai sekali je. Akan membazir sudahnya. Aku pun terus cari baju warna purple, macam yang aku plan hari tu. Tapi baju purple tiada yang sesuai untuk nikah. Semua grand2 untuk sanding je. Aku setuju jugak dengan Cik Imma, dia kata nampak tak menarik kalau baju ikah sama grand dengan baju sanding. Sudahnya orang pun jadi konpius, bila masa nikah, bila masa pulak sanding.

Oleh sebab dah tak ada choice, jadi aku pilih baju kurung moden putih.

Tapi.......

Bila dipikir-pikirkan balik, aku rasa macam lebih baik aku ada baju nikah sendiri. Ye lah, abis kat pelamin, make-up dan baju sanding saja dah beribu-ribu, walhal semua tu sewa je. Lepas seminggu kena pulang balik. At the end, tak ada apa2pun yang boleh aku simpan buat kenangan.

Ya, kecuali baju nikah.

Sepanjang seminggu aku berteka-teki, sama ada nak buat baju nikah atau sewa. Aku tanya Yong. Yong memang setuju sangat aku buat baju nikah. Dia pun cakap benda yang sama macam aku pikir tadi. Tapi lepas puas berpikir.... Yeah, aku nak buat baju nikah sendirilahh!!

Izhatul temankan aku untuk survey baju nikah. Sebelum tu aku ke butik pengantin untuk cancel sewa baju nikah. So terselamatlah aku dari menyewa baju nikah yang berharga RM300! Cuba bayangkan, Rm300 untuk sewa saja! Selepas tu kami ke Ria Moda and kebetulan masa tu ada sale pula, termasuk kain eksklusif. Tambah lagi semangat nak pergi.

Senyum semangat sambil memegang kain hahaa..


Seronok betul mematching-matching kain lace dengan satin.


Mukaku yang over kegirangan.


Mula2 jumpa kain yang di atas ni. Sweet juga designnya cuma warna sedikit dull. So tak jadi yang ini.


Yang ini aku suka sangat! Tak tahulah kenapa, tapi cantik, sweet dan warna dia pun menarik! Adakah aku pink addict? But seriously combination of design dan colour menampakkan yang kain ni sangat menarik untuk dibuat baju nikah.


Close up view.

Cuma yang aku risau, pelamin aku tu aku akan guna untuk nikah jugak. Jadi kalau aku yang berpakaian pink seperti di atas, duduk di pelamin off-white- biru, adakah aku akan nampak aneh?

Haiiiihh.. Cantik, cantik dah. Tapi risau nampak pelik la pulak.

Aku call DD untuk dapatkan sedikit input. Tapi biasalah, DD tak expert tentang warna ni. Dia pun tak berapa kisah. Ikut aku je. Sebab aku yang selalu cerewet bila bercakap tentang warna.

Memandangkan aku nak ke KL minggu depan (which means last week), sudahnya aku tekad nak cari kain di Jakel pula. DD ada kat sana, bolehlah tahu brapa meter kain yang DD perlukan untuk buat baju Melayu since dia tak pernah tempah baju Melayu. Semua main beli je sebelum ni. Lagipun boleh cari kain untuk dibuat baju raya nanti.


Next update: Baju nikah dah beli yeay!


With Love,


7 comments:

hana yoriee said...

hihi..carik sampai betul2 ati dah terpaut ngn kain tu..=)

Athirah Rahim said...

yeahh.. dah jumpa dah. will update later. kamera tak ada nak snap utk post kat blog nih huhu

Syidah said...

jahit sendiri je la..buat kenangan..pastu leh pakai utk raya, kenduri kawin ...

Imma Yusri said...

Puan T.am ni mmg cerewat bab ni.... hohoho... minggu i kad kawen & SK II.... wallaaaa....~~~

Athirah Rahim said...

syidah: wahh jahit baju tak reti. ni kan pula jahit baju nikah. silap2 sy menangis tgk kain cantik, baju huduh buatan sendiri! huhu..

Cik Imma: alah SK II trial pack je. tak mampu nak pakai yg real punya huhu.. jom2, minggu ni ada sale kt SK II!!

missAtiey said...

cantek!aa'A..better buat darl..untuk kenangan :)

Athirah Rahim said...

misz atiey, dah beli dah pun kain. will update later huhu

Post a Comment