5 November 2010

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, June 27, 2010

Wedding hapdet lagi.

Wedding hapdet untuk semalam.

Hati manyak suka sebab semalam dah berjaya mensurvey doorgift dekat Jalan Kuala (kat Ipoh). Actually selepas berjalan2 di Pameran Cina di Stadium dengan Cik Imma kita, aku ajak dia pegi jalan2 untuk survey doorgift. cik imma, aku dah tahu apakah anjakan paradigmamu!huhu!

Aku nak cari bakul kecik untuk VVIP seramai 40 orang, dan balang kaca itu sebanyak 100 orang. Owhh kakak aku memberi idea untuk buat doorgift VVIP jugak instead VIP saja, dan idea itu telah men-tawan hati. Dan sekarag, aku kena cari jugak bakul kecik itu...

Kitorang telah mensurvey di 3 kedai, mula2 ke kedai ntah-tak tengok-pulak-nama. Di Jalan Kuala jugak, sebelum kedai VRC. Terjumpa bakul yang aku mahu, tapi kecik sangat. Dah tu bulat pulak. Em, bulat dan kecik. Macam buang masa je beli bakul ni. Macam tak boleh letak apa2pun. But 3 bijik, RM10. Okay jugak.

Dan kami ke VRC juga. Sampai di VRC Jalan Kuala itu, aku dan Cik Imma terjumpa ini.


Yeah, dah jumpa! But sangat mahal. Rm10.90. Aku tanya tokei, minta kurang harga sebab mahu beli banyak. Dan dia bagi Rm9 saja. Abis koman dah tu. Aiyoo. Pengsan sekejap. Deco doorgift saja telan seploh hengget! Belum isi barang2 dalam bakul tu.

Mula2 nak je rembat memandangkan macam tak mampu je nak deco semacam ni. Mana nak deco jar tu lagi. Dan aku terjumpa bakul yang serupa, harga RM4.50 tapi tak deco lagi.



Lebih simple, but tetap nampak mantap jugak bakul ni untuk dibuat doorgift VVP neh. Kalau nak deco, mmungkin harga cuma seringgit dua lebih murah dari yang atas.

Haih, so much to do, and so little time..


Dan aku juga terjumpa ini. Aku rasa sesuai sangat untuk keluarga DD memandangkan diorang datang dari jauh. Jadi barang hantaran akan duduk dengan elok di dalam carriage tu. Harga? RM55 untuk dua bijik. Lebih kurang RM27.50 satu. Tapi at the end, still kena deco jugak. Takkan nak letak kosong je.

Addooii sudah tertawan hati. Adooii, bajet sudah mahu lari.

Tapi aku tak beli pun.


With Love,

Friday, June 18, 2010

Yooshh!! Update wedding preparation.

Sepanjang minggu ini juga, aku tersangat busy. Bencilah.

Tapi sempat jugak mengorder 1000pc white paper bag dari MarryMe Gifts 'n' Such. Murah giler, 15sen per pc tapi cukop ke eh? Paper bag ini untuk orang dewasa saja. Budak2 aku ingat nak bagi gula2 saja bungkus dalam plastik. Budak2 mana tau nak appreciate benda2 camni huhu.. Jangan kata budak, orang2 tua pun sama huhhh.

Dan aku plan nak beli small jar untuk VIP. Gila heart to this.


Aku suka sebab jar tu nanti boleh jadi jar serba guna. Tak kisahlah orang nak jadikan perhiasan rumah ke, jadi tempat letak pin atau aksesori ke, tapi kalau aku yang dapat, memang boleh buat macam-macam dengan jar nih. Lebih2 lagi bila dah hias camni. Hohhh..

Spicy jar ni dari MarryMe but mahallah. Rm8.00 per pc. Aku ingat nak buat aje memandangkan tali mutiara kecil tu aku dah ada, baki dari majlis tunang dulu. But have to buy turquoise and white ribbon first. Dan juga bunga kecik dan kalau bajet lebih skit boleh beli kain lace buat balut penutup dia.

Tapi yang paling penting kena cari jar tu. Ada idea gila nak cari jar yang kacanya warna turquoise jugak tapi rasanya macam susah gila nak jumpa je. Nampaknya hujung bulan ni kena ke kedai untuk mencari semua benda ni. Perlu start buat dari sekarang sebab nak buat 200 bijik bukannya senang heh.

Hokeh. Selesai idea untuk doorgift VIP berjumlah 200 orang.


Second idea, paper lantern. Aku tengok trend gantung tanglung cina warna warni ni semakin menular dalam wedding melayu. Walaupun tak ramai lagi orang buat tapi aku mengidam sangat untuk digantung kat wedding aku nanti. Ngeehh...

Lawa giler paper lantern ni bila gantung kat luar dewan. Gila happening dan outstanding.


Gantung kat lobby pun cantek apa?


Yeah, yeah. Menarek, menarek! Heart lagi.


Dalam rumah pun comel...


Sumber semua di atas: Kerja Kahwin. Gambar last ni tak ingat dah. Sori kepada tuan gambar ni.


MarryMe jual Rm9 per pc tapi tak ada warna turquoise la pulak. Aku sedang hunt paper lantern warna putih (setel dah, kat MarryMe ada), turquoise dan kuning.

Hmm.. anyone can suggest any?


Monday, June 14, 2010

My first best friend wedding

Hari ini aku tak pegi kerja. Sangatlah penat kerna start Jumaat lepas aku ke Kelantan menghadiri wedding best friend dari USM; Zamzila namanya.

Aku ambil cuti hari Jumaat. Untuk pengetahuan, last week aku hanya bekerja dua hari saja ekekee. Isnin - kompeni cuti (dan tentulah last week aku jumpa DD huhu..) Selasa - buat2 MC, Rabu & Khamis - kerja, Jumaat - ambil cuti yeah!

Malam Khamis itu aku mengambil Elma dan Nor di Medan Gopeng. Dan tidur di rumah aku. Paginya itu Ajan dan Fadel mengambil kami di Jelapang. Maka car pool lah kami berlima. Setelah singgah sebentar di Sg Perak selama 2 jam, (hoho lama giler berhenti! sarapan yang sangat santai dan berat; bekalan untuk menenangkan perut untuk perjalanan yang panjang!) dan take a fresh breath kat Titiwangsa maka sampai jua kami pukul 11 camtu di Kg. Gunong.


Sampai2 je Zamm kata nak ke pekan Tanah Merah. Nak beli deco hantaran katanya. Kitorang ingat dekat je. Rupa2nya perjalanan lebih sejam. Hadoi! But it was fun though it's hot. Gila sunny. Badan berpeluh dengan maha hebat. Lebih2 lagi dalam pasar Tanah Merah sebab masa tu Fadel & Elma mencari tudung untuk baju bridesmaid diorang, aku & ajan pulak cari selipar untuk dilanyak. Serius, aku tak boleh pakai high heels dalam tempoh lebih dari 5 jam. Rasa macam nak patah kaki.

Malam tu pula kitorang tolong Zamm siapkan doorgift untuk VIP. Doorgift - small white mug from IKEA, diisi wajik di dalam. Dan kami tungkus lumus mengikat riben sebagai deco. Simple but nice! Sudahnya kami tidur pukul 1 lebih. Gila exhausted.


Hari Sabtu itu, ada 3 event berjalan simutaneously. Bermula khatam Al-Quran, nikah dan akhirnya sanding. Aku siap terus pakai baju bridesmaid awal2 pagi tu. Cantik giler warnanya bila dalam gambar. OP untuk wedding ni - Amrul Kareem. Macam berminat pulak untuk jadikan mamat ni sebagai OP untuk wedding nanti.




Hokeh. Nak sambung tido balik. Mari membetul-betulkan urat badan supaya boleh bekerja keras esok. Yeah!


P/S: Next entry: Update pasal wedding preparation.


With Love,

Wednesday, June 9, 2010

Hokeh. Lari topik sikit.

Cerita di bawah ini adalah kejadian yang berlaku dua minggu yang lepas. Maaf, sibuk betul siang dan malam...Haihh!!

Maaf lagi. Aku tak dapat kotakan janji. Rumah aku kena masuk pencuri malam Jumaat lepas. Habis duit & rantai tangan mak, laptop, purse & handphone Namah, 2 jam tangan & handphone adik bongsu aku, Amirul kena kebas. Pencuri tu masuk bilik yang tak bertutup atau berkunci. Mujuuuurrrr sangat2 bilik aku berkunci dan bilik apak bertutup malam tu. Kalau tak, laptop kompeni tentu lesap jugak. Dahlah aku letak aje laptop kompeni tu atas lantai malam tu. Bilik apak pulak ada senapang. Huh. Boleh masuk penjara kalau hilang.

Actually dari petang Jumaat tu aku dah rasa tak sedap hati. Masa tu aku on the way dari opis terus nak balik Ipoh. Sepanjang drive tu jantung aku ni dok berdegup kencang je. Sampai aku kena tutup radio dan selawat untuk tenangkan hati+jantung nih. Sambil tu ada jugak dok fikir aku ni nak kena serangan jantung ke? walaupun blood pressure aku OK je - di check kira2 akhir tahun lepas.

Malam sebelum kejadian, aku memang tak rasa apa2. Seperti kebiasaan memang aku akan kunci pintu bilik dan pintu toilet. Toilet aku share dengan Namah.

Aku - tido awal jugak malam tu - lebih kurang pukul 12 malam.
Apak - macam biasa tido lagi awal dari aku. Pukul 11 lebih kot. Apak tido kat dalam bilik dia.
Amirul - Selalunya dialah yang tido paling lewat bila tiba hujung minggu. Wupps, kadang2 tak tido langsung. siangnya tu baru tido. Tapi malam tu dia tido pukul 11 malam.
Namah dan mak - Namah tido hampir dekat pukul 3 pagi. Tengok2 tv. Download lagu ke handphone. Mak pun sama, layan tv. Tapi mak tido lebih awal. Tido di bilik yong, tak tido di bilik sendiri. Namah pulak, sebelum ke katil, noticed yang langsir bilik mak sedikit terbuka, sehingga nampak bias cahaya lampu jalan. She wondered, but did not further check. Mungkin aura mengantuk terlalu kuat.

Pagi esoknya, aku dengar kat luar bilik Namah buat kecoh, tanya di mana handphone kesayangan. Apak mulalah bising, cakap mungkin letak merata2. But bila amirul pun bangun and asked the same question too, kami pun semua rasa semacam. Lantas terus check barang kot2 ada lagi yang hilang. Bila buat spot check kat bilik mak, tu diaaa.. Memang kena geledah teruk! Abis semua kad-kad bank, IC bertaburan atas lantai. Beg tangan yang mulanya mak sangkut, semuanya berada atas katil. Kena selongkar jugak. Ada satu tingkap bilik mak terbuka luas betul. Dan ada satu tiang grill tingkap yg bengkok. Sah, dah tentu pencuri tu skodeng bilik mak dan cuba grab apa yang terdekat melalui tingkap tu. Kami masa tu apa lagi, terus masuk bilik masing2, check apa barang yang hilang. Masa itulah kami sedar banyak jugak barang yang hilang.

JSJ (Jabatan Siasatan Jenayah) datang ambil gambar selang sejam selepas Apak pegi buat report. Ambil gambar sana sini. Tapi diorang kata maybe kena pecah rumah sebab pintu grill hanya dikunci pada tombolnya saja. Begitu juga sliding door. Tak ada kunci extra.

Aku dan family pulak rasa macam kena pukau. Yelah, kalau pencuri tu ada kunci sama sekalipun, takkan lepas curi diorang nak tutup pintu grill & sliding tu balik? Siap berkunci lagi. Dan paling aku hairan; adik aku yang tidur di ruang tamu tu takkan tak terdengarkan bunyi pintu grill yang kuat giler masa nak bukak/tutup? Dan selalunya apak memang akan boleh dengar bunyi pintu grill sebab apak jenis telinga kuali. Cukup sensitif dengan bunyi.

Haih. Tak tahu lah macam mana nak cerita lagi. Semuanya dah lepas. Apapun, berjaga2lah kamu sebelum kamu dijagakan oleh pencuri2 lahabau dengan kehilangan barang2 kamu...


With Love,