5 November 2010

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 21, 2010

Antara janji-tinggal-janji, blog walking dan TRAGEDI.

Haih. Hari tu janji nak hapdet pasal baju bridesmaids and family, tapi agak sibuk sikitlah. Kena prepare samples untuk hantar ke customer. Sori.. Apapun aku akan hapdet korang esok. Insya Allah..! (dengan penuh berharap boleh keluar entri pasal ni esok *wink!*)

Haih lagi. Arini aku blog walking di rumah Mrs. Syidah. Memandangkan kadar kehapdetan beliau ditahap aktif, maka aku kenalah mengorek-ngorek entri-entri lama beliau. Dan aku tertarik dengan entri 'Butik Pengantin di Kota Bharu'. Wah, tak sangka pulak memang hot hot jugak pelamin made by bridal shop kt KB nih. Setandinglah dengan design bridal shop KL dan JB. Dah tu giat jugak hapdet blog. Kira baguslah kan, senang customer nak cari. (mungkin betullah ini antara sebab banyak wanita Kelantan jadi usahawan berjaya) Ipoh? Haiishh, susah betul nak cari website butik pengantin Ipoh. Memanglah ada, tapi tak banyak. Kalau ada pun tak rajin sangat hapdet. (Peringatan untuk bridal shop di Ipoh; sila create/hapdet website/blog anda!)

Okeh. Berbalik kepada cerita pokok. Dan aku pun langsung terus ke website bridal shop di KB itulah. Sedang aku scroll dengan happynya dalam satu fotopages ni; mybride - tiba2 aku terpegun dengan gambar baju pengantin dekat bawah ni.


Cantik memang da boom kan? Okeh. Cuba tengok gambar di bawah ni pula.


Memang sama kan? Lebih tepat lagi; KLON-lah!. Dan di mana saya mendapatkan gambar-tak-professional baju yang serupa ni? Kalau ada yang perasan, aku penah cerita pasal tragedi baju tunang tu di sini.

Haha. Lawak jugak ek. Teringat pulak masa aku kalut-kalut prepare untuk majlis bertunang aku tahun lepas. Haru biru betul. Dengan tragedi ini pulak lagi. But bila tengok lama2 gambar baju tunang ni, rasa terkilan pun ada jugak. Sebab tak dapat pakai masa majlis tu walaupun hati betul2 dah jatuh chenta. Walhal dah bayar deposit. Namun aku percaya semua tu ada hikmah. Aku selalu percaya kalau kita sabar, Tuhan pasti akan tolong kita, bukan?

Aku malas nak sumpah seranah lagi. Tapi mungkin tragedi aku ini boleh dijadikan sebagai mental note buat wahai taukeh-taukeh bridal shop di luar sana. Layanlah semua pelanggan anda seadilnya, tanpa mengira majlis kecil atau besar. Kerna kami berhak mendapat layanan sama rata.

Dan kepada B2B di luar sana juga. Jika kamu ternampak akan baju ini di kedai di Ipoh yang bakal kamu tempah, ketahuilah bahawa kebarangkalian untuk kamu mengulangi tragedi aku ini sangatlah tinggi! Haha..


With Love,

Tuesday, May 18, 2010

Wedding colour - akhirnyaaa...

Wokeh. Tiba-tiba harini aku berdebar2. Dalam erti kata yang lain, CUAK.

Salah seorang dari geng baik aku masa kat U dulu nak kawen bulan 6 ni. So sejak seminggu ni dengan rancaknya kami berbincang tentang plan nak ke rumah kawan aku tu lah. Dan aku akan jadi salah seorang bridesmaids dia (dan dia pun bakal menjadi satu2nya bridesmaid aku yang dah kawen time wedding aku nanti). Dalam giat punya giat merancang tentang plan ke rumah kawan aku ni, tiba2 aku rasa cuak pulak. Yelah, wedding aku bulan 11. Sekarang ni bulan 5. Tinggal seminggu je lagi sebelum bulan 5 ni abis. Ya Allah, cepat betul masa berlalu!

Aku dah kumpul skit2 gambar-gambar pelamin, deco hantaran, baju, deco bilik pengantin, baju bridesmaid, doorgift dan jugak guest book. Oh ya, btw aku dah set kaler2 berikut:

Nikah
Tema warna purple. Mungkin pinky purple. Feveret kaler aku tuh..


Wedding
  1. Pelamin – warna aqua dan putih. Ada skit2 bunga warna pastel yellow sebagai penyeri.
  2. Wedding dress – warna light silver atau off white. But aku lebih berkenan warna silver agar aku dan DD tak nampak senada dengan pelamin.
  3. Baju bridesmaids – warna aqua tapi tone gelap skit.
  4. Baju family – warna pastel yellow. Pun tone gelap skit.
  5. Baju family DD - warna soft pink. Harap2 masuklah dengan biru aqua tuh.


Ceritera Tentang Pelamin..

Sumber: diyanashukor

Aku berkenan sangat pelamin Diyanashukor ni. Terutama dengan lampu dia. Memang exclusive giler. kalau aku nak wat pelamin camni, have to improvise skit2 - kena tambah bunga kaler pastel yellow tu kan kan?

From picture above, dapatlah disimpulkan kenapa aku tak mau wedding dress sama dengan wedding theme. Tak menyerlah sangat kan? Apapun they still looked nice & eksklusif sebab tak banyak bermain dengan banyak warna. Lagi satu aku kagum giler sebab dia pandai control tone warna biru untuk wedding dia. Memang senada je warna birunya. Thumbs up!!


Ceritera Tentang Wedding Dress

Sumber: udaimatunnur

Untuk wedding dress aku nanti, teringin jugak aku nak pakai ala-ala purdah tu cam kat bawah ni. Ala-ala wedding macam pelakon Sari Yanti jugak kan?

Sumber: Google

Okeh. dah abis waktu lunch. Kena sambung buat keje plak. Kalau rajin aku hapdet untuk baju bridesmaids and baju family plak malam ni. Hopefully streamyx aku okehlah sebab semalam dia buat hal pulak.


P/S: Semalam aku selamat menempah first baju bridesmaid untuk member aku nih. Tema - pink-purple. Cantiklah kaler bajunya. Dah siap nanti aku post.


With Love,



Wednesday, May 12, 2010

Wedding colour yang memeningkan..

Sebelum ni aku ada cakap, set tarikh kahwen 30.10.2010 kan? Well, nampaknya tak jadi sebab lepas berbincang habis-habisan, kitorang pick 6.11.2010. Sebab 5 November tu Deepavali. Kompeni aku cuti dua hari. So aku boleh start cuti awal, hari Khamis. Save sikit annual leave aku. Boleh spend leave untuk honeymoon pulak huhu..

Yeahh!! Finally aku dah tetapkan wedding theme aku. Blue Aqua, macam gambar kat bawah ni. Ada gak orang panggil kaler ni Tiffany Blue. Tak kesahlah. Apapun ok dak?




Weekend lepas aku ke Riamoda baru di Greentown. Hajat di hati nak survey baju untuk bridesmaids & kedua2 belah family. Pening jugak nak decide warna baju diorang. Mula2 aku ingat nak bridesmaids pakai baju pink. Sebabnya pink kan masuk dengan warna biru. Contohnya macam kat bawah ni..

Sumber: Dianashukor

Comey gak kan? tapi tak tau la.. kepala aku tengah serabut memikirkan tentang warna. Tapi biru-pink dah banyak sangat orang buat. Aku ingat nak guna aqua blue-orange atau aqua blue-pastel yellow macam kat bwh ni..


Sumber: The Inspired Bride lagi..

Tapi aqua blue-pastel yellow (gambar pertama) nampak lebih sweet kalau nak dibandingkan dengan biru-citrus orange. Haih, warna2 tersenarai di bawah ni dah jadi pilihan hati tapi tak tersusun lagi. Mana satu nak jadi warna untuk baju bridesmaids, baju family aku dan baju family DD.



Aqua Blue Pastel Yellow Fushia/Pink Off White



Wedding dress aku pun tak decide lagi. Tapi dah nekad sama ada pakai off white atau light grey sahaja. Aku tak mau pakai biru jugak sebab menurut wedding rule-of-thumb yang pernah aku baca, wedding dress sepatutnya kena lebih cerah dan tak patut sama kaler/tone dengan pelamin. Nanti diorang tak boleh beza yang mana satu pelamin, yang mana pengantin pulak. Huhu..

Hokeh. Mata aku dah pening tengok warna. Aku dah print gambar atas tuh. Boleh tampal kat dalam wedding book. Malam ni baru nak decide kaler. So this week dah boleh survey kedai2 pengantin pulak huhu..


P/S: Selepas ditolak tambah, dibahagi dan didarab, sekarang aku ada 10 orang bridesmaids! Haiyoo, mampu ke duit poket aku cater baju2 diorang ni? Hmmmmm.......


With Love,